Dr Fauziah dianugerahkan Tokoh Serikandi Khaulah al-Azwar

Beliau menerima anugerah tersebut beserta wang tunai RM5,000 untuk MyCARE dalam program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bersama MyCARE Terengganu dan Unit Korporat PSUK Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak pada Ahad lalu. 

“Anugerah itu adalah sebagai penghargaan di atas keberanian anak jati Terengganu dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) itu mengambil risiko menyertai misi kemanusiaan di Gaza.

“Beliau menjadi satu kebanggaan dan ikon buat Negeri Terengganu kerana beliau mencabar kelaziman (kebiasaan), menjadi wakil tunggal Malaysia dan Asia yang sangat berani dan sanggup mengambil risiko dalam menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza,” ujar Ahmad Razif.

    

Ucapan MB Terengganu, perkongsian Dr Fauziah dan pelancaran Tabung #GiveHope

Menurutnya lagi, Dr Fauziah wajar dinobatkan sebagai wirawati dan ikon atas keberaniannya dan semangat juangnya yang tinggi dan kerajaan negeri amat berharap lebih ramai anak muda tampil untuk menjadi sukarelawan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri turut bersetuju memberikan sumbangan RM50,000 bagi menyokong usaha Dr Fauziah yang berjuang membela nasib kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mengiktiraf usaha dilakukan ini walaupun sebelumnya misi yang dijalankan ini tidak dapat diteruskan, namun kami tidak patah semangat untuk melakukannya lagi,” kata Dr Fauziah.

Tambah beliau yang juga aktivis dan doktor perubatan negara yang mengikuti misi Women’s Boat To Gaza dengan pelayaran kapal Zaytouna-Oliva, kumpulannya, Freedom Flotilla Coalition akan meneruskan misi selagi kepungan ke atas Gaza tidak dipecahkan.

“Pada Mei tahun depan, kami akan adakan perjumpaan di Stockholm, Sweden untuk merancang misi seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif turut melancarkan Tabung #GiveHope peringkat Terengganu dan juga Rose2Rose cawangan Terengganu. 

Turut hadir dalam majlis tersebut, Professor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Foto majlis: http://bit.ly/2eDXo9c

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia