Dos penggalak vaksin strategi perlindungan penting

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 5,143 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Isnin, sedikit menurun berbanding sebelumnya.

 

Dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,551,452.

 

Menurut laporan COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan 53 kematian.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 29,676 daripada 2,551,452 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

 

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.

 

Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, susulan kadar keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

 

“Sebab itu PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.”

 

Menurutnya, pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara.

 

“Sebagaimana di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95 peratus,” katanya melalui ciapan di Twitter semalam.

 

Khairy berkata, pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.

 

“Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, KKM menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk Covid-19,” ujarnya.

 

Menurut beliau yang juga ahli Parlimen Rembau, buat masa ini vaksin Pfizer-Biontech telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

 

“Kami juga sedang menilai kombinasi lain, untuk keselamatan dan keberkesanan dan akan mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia