Didik, hilangkan rasa takut anak ke hospital

Program anjuran bersama Royal Guest House dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di bawah program besar “Kota Bharu Kita Punya” bertujuan menghilangkan rasa takut kanak-kanak apabila pergi ke hospital selain mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka.

YAM Tengku Dato Abdul Halim al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang merupakan Tengku Laksamana Kelantan telah mencemar duli merasmikan program ini.

“TBH ini berkonsepkan aktiviti kanak-kanak membawa teddy bear masing-masing pergi berjumpa doktor, doktor gigi, ahli nutrisi, melakukan X-ray dan MRI, berzumba bersama teddy bear, bagaimana melindungi teddy bear daripada pedofilia dan banyak lagi,” ujar pengarah program.

“Di booth Teddy Be Safe, kanak-kanak disajikan dengan aktiviti-aktiviti interaktif yang menarik, antaranya aktiviti Emotion Hopscotch (teng teng) dan Emotion Board Game.”

Melalui aktiviti ini jelasnya, kanak-kanak dapat lebih mengenali setiap jenis perasaan dan boleh membezakannya apabila berlaku kecemasan.

“Sambil bermain aktiviti tersebut, mereka juga diminta untuk meluahkan dan menceritakan apa yang menyebabkan mereka berperasaan sedih, gembira, takut, marah dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, turut disediakan slot Kenali Perasaan, Diri Saya Hak Saya, Sentuhan Selamat vs Tidak Selamat yang melibatkan aktiviti bersama teddy bear masing-masing.

“Untuk anak-anak yang meniti usia remaja pula, disediakan aktiviti Roda Kehidupan untuk menguji kefahaman tentang baligh, slot Meniti Usia Baligh dan slot Bahaya Pornografi iaitu sebahagian daripada modul MAP.”

Beliau berkata, sepanjang dua hari berprogram, banyak respons positif yang diterima oleh pihak MAP dan diharapkan usaha kecil ini memberi perubahan yang besar kepada masyarakat.

“Ayuh, bersama-sama kita membina masyarakat yang lebih sejahtera, holistik dan kuat jati diri demi masa depan generasi akan datang.”

Turut membantu menjayakan booth Teddy Be Safe ini ialah sukarelawan mahasiswa daripada USM.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia