Didik banduan cintakan Rasul

Program Muallaf & Maulid 2016M/1438H anjuran Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama IKRAM, i-Bantu dan Pusat Sokongan Keluarga dan Wanita (PAKSI IKRAM) ini telah dijayakan pada Khamis, 1 Disember yang lalu di surau penjara.

Kedatangan tetamu, panelis forum dan pegawai penjara telah disambut dengan marhaban dan selawat daripada para penghuni penjara dengan meriahnya di samping juri-juri menilai sepanduk sambutan Maulid Rasul yang telah digantung di laluan jalan bertemakan “Rasulullah Sinar Keamanan Dunia”.

Forum bertajuk “Rahmatan Lil ‘Alamin” menampilkan panelis Hj Kamarul Zaman Noor Mohamed daripada Hidayah Centre Foundation dan Ustazah Maznah Daud, Naib Ketua Wanita IKRAM manakala Puan Hjh Faridah Maludin, Pengurus PAKSI IKRAM bertindak sebagai moderator.

Hj Kamarul Zaman menerangkan tentang konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang tidak tertakluk kepada alam manusia sahaja malah kesemua jenis alam seperti alam haiwan, tumbuhan, jin dan sebagainya.

Rasulullah SAW pula membawa rahmat kepada umatnya dengan membebaskan mereka daripada penyembahan berhala kepada penyembahan kepada Allah di mana kitab agama lain turut menceritakan tentang kedatangan baginda yang akan membawa rahmat kepada seluruh alam.

“Rasulullah itu rahmat kepada seluruh alam, diibaratkan seperti cahaya yang membawa sinar harapan.”

Beliau turut berkongsi tip untuk mencapai rahmatNya iaitu dengan memastikan tidak melakukan kesyirikan, ihsan dalam beribadah dan bermuamalah, bertaqwa, berkasih sayang kepada makhluk, membanyakkan berdoa, membaca al-Quran dan terjemahan, melakukan solat sunat taubat, sentiasa beristighfar, berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Ustazah Maznah pula menjelaskan bahawa apabila agama Islam ini dipatuhi, semua akan merasai kenikmatan, maka Allah pilih seorang rasul yang sangat-sangat penyayang.

“Apa sahaja yang Allah suruh dan larang semua, kerana Allah sayang dan juga untuk kebaikan hambaNya.”

Maka, menurutnya, kita hendaklah mencontohi cara nabi menyampaikan Islam iaitu dengan penuh rahmah dan kasih sayang, cara ini membuatkan orang tertarik dengan keindahan Islam.

Beliau juga berkongsi tip kepada mereka merasa putus asa dan menyesal akan dosa mereka supaya menyedari sifat Allah yang Maha Pengampun. Sifat ini membuktikan Allah tahu hambaNya banyak melakukan kesalahan dan Dia suka memberikan keampunan kepada mereka.

Setelah memohon ampun, tambahnya, seharusnya seseorang itu beramal dengan amalan yang boleh dilakukan semasa masih hidup dan juga amalan yang tidak terbatas manfaatnya dan pahalanya hingga ke akhirat iaitu ilmu yang dimanfaatkan, doa anak yang soleh dan sedekah jariah.

Program Muallaf & Maulid 2016M/1438H yang disertai kira-kira 60 orang banduan muslimah ini turut diserikan dengan bacaan hafazan daripada banduan mualaf, persembahan choral speaking, penyampaian hadiah kepada pemenang sepanduk dan jamuan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia