Dialog Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan 2024 Tekankan Kepentingan Memasyarakatkan Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Dialog Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Kementerian Perpaduan Nasional hari ini memberi penekanan kepada kepentingan memahami perlembagaan dalam konteks yang lebih luas bagi meningkatkan literasi dan pemahaman rakyat terhadap dokumen induk negara ini.

Prof. Madya Dr. Nazri Muslim dalam ucaptamanya bertajuk “Hasrat Perlembagaan Malaysia” menegaskan kepentingan membincangkan perlembagaan sebagai faktor penting dalam mewujudkan identiti Malaysia.

“Mutakhir ini, pelbagai isu perlembagaan muncul sehingga menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat baik di media sosial mahupun di media cetak dan elektronik,“ jelas Nazri. Tambahnya lagi, isu-isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sering diperdebatkan.

Beliau turut membentangkan statistik daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang menunjukkan 1,128 kes konflik sosial berlaku dari tahun 2008 hingga 2013. Menurutnya, pelbagai isu perlembagaan yang diperdebatkan akhir-akhir ini boleh membawa konflik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dr. Nazri menggesa agar pendekatan baharu diambil dalam memperkenalkan Perlembagaan kepada masyarakat umum. “Kita perlu melihat Perlembagaan bukan hanya dari sudut teknikal undang-undang, tetapi juga dari perspektif sejarah, budaya, agama, politik dan hubungan etnik,” ujar beliau.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Dr. Nazri, mereka mencadangkan pembangunan modul latihan khusus untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap Perlembagaan. “Modul ini boleh digunakan oleh agensi kerajaan, NGO dan program kepimpinan belia untuk meningkatkan pemahaman dan penerimaan terhadap Perlembagaan,” jelasnya.

Modul ini turut merangkumi penjelasan mengenai implikasi peruntukan dalam perlembagaan serta penerangan mengenai kerjasama etnik yang berlaku semasa proses penggubalan perlembagaan.

Dr. Nazri menegaskan bahawa peningkatan pengetahuan dan kefahaman terhadap Perlembagaan akan membawa kepada penerimaan yang lebih baik terhadap prinsip-prinsip asas negara. “Ini seterusnya akan menyumbang kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh,” tambah beliau.

Dialog ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan dan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingannya dalam kehidupan bernegara.

Program ini turut merupakan usaha kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan NGO-NGO Masyarakat India (i-25).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia