Dewan Perwakilan Nasional (DPN) meneliti perjalanan IKRAM

Sejak pelantikan Jawatankuasa Pusat (JKP) baharu dalam sidang pertama DPN yang lalu pada 1 Jun 2014, JKP telah membentuk portfolio-portfolio dan struktur Pusat serta memperincikan Perancangan IKRAM yang telah diluluskan dalam DPN terakhir sesi lepas pada Disember tahun lalu.

JKP juga telah melakukan roadshow ke seluruh negara pada pertengahan Ogos lalu. DPN telah mengambil maklum dan meminta penjelasan lanjut beberapa aspek berkaitan struktur dan perjalanan IKRAM.

DPN adalah badan tertinggi yang membuat dasar dalam IKRAM. Ia terdiri mereka yang telah dipilih dari kalangan umum, wanita, ulama dan anak muda. Inilah satu-satunya badan pembuat dasar dalam IKRAM. Ia bersifat bersepadu yakni semua wakil telah berada di dalamnya: Wanita, Ulama’, anak muda dan Negeri.

Dalamnya terdapat pakar-pakar ekonomi, strategi, perundangan dan sebagainya. Ini menjadikan keputusan dan dasar-dasar yang dibuat dalam DPN telah mengambil kira semua faktor dan pandangan termasuk ulama’ yang memastikan ia patuh syariah (syariah compliant) serta mesra-wanita (women-friendly) dan mesra-anak muda (youth-friendly).

DPN juga telah merakamkan ucapan takziah kepada Haji Salim Jamiun dan keluarga atas pemergian isterinya, Almarhumah Hajah Saripah Ahmad yang merupakan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Daerah Kulaijaya pada pagi tadi. DPN juga merakamkan ucapan takziah kepada Prof Dato’ Ir Dr Azhari Md Salleh dan keluarga atas pemergian anakandanya semalam.

Moga semua ahli keluarga yang ditinggalkan bersabar menghadapi saat-saat yang sukar ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia