Definisi & Hubungan Yahudi, Israel, Ibrani & Zionis

Sebagaimana yang diketahui sehingga kini, konflik Israel-Hamas yang bermula pada 7 Oktober 2023 masih berterusan. Konflik tersebut bermula dengan tindakan HamasĀ  ke atas Israel disebabkan kekecewaan terhadap konflik Palestin-Israel yang berpanjangan.

Perjuangan Hamas yang dikenali sebagai ‘Taufan al-Aqsa’ telah mencetuskan tindak balas Israel yang dinamakan ‘Operasi Pedang Besi’. Pada 27 Oktober 2023, Israel melancarkan serangan darat ke Gaza yang menyasarkan rangkaian terowong Hamas. Walaupun gencatan senjata selama seminggu dicapai pada 21 November 2023, konflik terus berlanjutan.

Pada Jun 2024, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan, walaupun konflik dengan Hamas akan berakhir, perang masih diteruskan dan mungkin berlanjutan sehingga akhir tahun 2024.

Dalam usaha memahami konflik ini dengan lebih mendalam, adalah penting untuk dijelaskan beberapa istilah utama yang sering muncul iaitu Yahudi, Israel, Ibrani dan Zionis. Istilah-istilah ini, walaupun sering digunakan, mungkin menimbulkan kekeliruan kerana hubungan dan perbezaan antara mereka tidak selalunya jelas.

Bagi membantu memahami konteks konflik semasa dengan lebih baik, artikel ini akan menjelaskan secara ringkas dan padat mengenai Yahudi, Israel, Ibrani dan Zionis dari perspektif sejarah hingga ke masa kini, termasuk tiga panggilan utama yang sering dirujuk untuk Yahudi iaitu Ibrani, Israel, Yahudi serta konsep Zionis.

Pemahaman yang lebih jelas tentang istilah-istilah ini akan membantu pembaca menganalisis situasi semasa dengan lebih tepat dan menyeluruh.

Siapakah Yahudi?

Dari perspektif agama, Yahudi dianggap sebagai keturunan Nabi Ibrahim a.s. melalui anaknya Ishak a.s. Mereka menjadi pengikut ajaran Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Keturunan Yahudi pertama didakwa bermula pada Nabi Yaakub (Israel) bin Ishak bin Ibrahim a.s.

Agama Yahudi dalam bentuknya yang dikenali sekarang dipercayai diturunkan kepada Nabi Musa selepas peristiwa penyembahan patung anak lembu. Selepas peristiwa tersebut, pengikut Nabi Musa bertaubat dan kembali kepada ajaran asal.

Perkataan YahudiĀ  dipercayai berasal daripada kata ā€˜haada yahuuduā€™ yang bermakna ā€˜kembaliā€™ atau Ā ā€˜bertaubatā€™ berdasarkanĀ  surah al-A’raf ayat 156 ( Ų„ŁŁ†Ł‘ŁŽŲ§ Ł‡ŁŲÆŁ’Ł†ŁŽŲ§ Ų„ŁŁ„ŁŽŁŠŁ’ŁƒŁŽ ) yang bermaksud ā€œSesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau.ā€

Ayat ini menjelaskan bahawa kedatangan Nabi Musa kepada kaumnya adalah untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar setelah didapati diselewengkan oleh Samiri.

Menurut Abu Amr al-Ula, istilah Yahudi berasal daripada perkataan ā€˜tahawwudā€™, yang bermaksud ā€˜bergerakā€™, merujuk kepada gerakan badan orang Yahudi ketika membaca Taurat.

Pendapat lain menyatakan nama Yahudi dipercayai diambil daripada Yahudza, iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub a.s.. Suku Yahudza menjadi terkenal kerana kebanyakan nabi keturunan Yaakub berasal daripada suku ini.

Malah, kerajaan agung Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. juga didakwa datang daripada suku Yahudza. Suku ini dalam sejarah bani Israil menyumbang kepada penggunaan nama Yahudi untuk merujuk kepada seluruh bangsa.

Yahudi turut dikenali sebagai ā€œJewā€ atau ā€œJewishā€. Istilah ini dipercayai berasal daripada nama Joshua (Ų¬ŁˆŲ“Ų¹) atau Yoshuwa (ŁŠŁˆŲ“Ų¹) dalam bahasa Arab. Perubahan linguistik telah menukar huruf ā€˜jimā€™ (Ų¬) kepada ā€˜yaā€™ (ŁŠ) dalam penterjemahan.

Yoshuwa bin Nun, dipercayai murid Nabi Musa yang memimpin bani Israil selepas kewafatan baginda, menjadi asas kepada istilah Jewish ini.

Yahudi digambarkan sebagai pengikut ajaran Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa, juga dikenali sebagai agama monoteisme tertua yang muncul kira-kira 2,000 tahun sebelum Islam. Asal-usul Yahudi sebenarnya tidak terbatas kepada satu bangsa.

Bangsa Yahudi dipercayai berasal daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk bangsa Arab, Rom, Parsi dan Habsyi dari Afrika. Komuniti Yahudi dikenali dengan pelbagai nama seperti ā€œIsraelā€, ā€œbani Israilā€ dan ā€œbangsa Ibraniā€ kerana bahasa mereka.

Dalam konteks sejarah, Yahudi dan bani Israel sering dihubungkan dengan kisah para nabi seperti Nabi Musa yang berdoa kepada Allah sementara bani Israel menetap di Palestin. Secara umumnya, Yahudi mempunyai beberapa gelaran iaitu Jewish, Ibri (orang yang berpindah), Israil (merujuk kepada Nabi Yaakub), dan Yahudi (merujuk kepada Yahudza, salah seorang anak Yaakub).

Kepelbagaian maksud Yahudi menunjukkan bahawa identiti Yahudi merangkumi pelbagai aspek iaitu bangsa, agama dan sejarah yang panjang mencakupi ribuan tahun, memiliki akar budaya serta keagamaan yang mendalam.

Israel dan bani Israil

Istilah Israel merujuk kepada nama lain untuk Nabi Yaakub. Bangsa Israil atau bani Israil dipercayai daripada keturunan yang bernasab kepada Nabi Yaakub. Oleh kerana itu, keturunan Nabi Yaakub a.s. dinamakan bani Israil.

Israel berasal daripada bahasa Ibrani iaitu isra yang bermaksud hamba atau pilihan Allah dan el bererti tuhan. Namun, menurut tafsiran etimologi Yahudi, ā€œIsraelā€ bermakna ā€œOrang yang bergusti dengan Tuhanā€. Dalam bahasa mereka, ā€œisraā€ bermaksud bergusti, manakala ā€œelā€ bermaksud Tuhan.

Kepercayaan ini berdasarkan kisah daripada Kitab Kejadian (Genesis) 32:25-29 dalam Taurat (Perjanjian Lama) yang menceritakan Yaakub pernah bergusti melawan Allah dan berjaya mengalahkan-Nya. Walau bagaimanapun, penulisan artikel ini menegaskan bahawa Allah SWT Maha Suci daripada anggapan tersebut.

Bani Israil pula merujuk kepada keturunan Nabi Yaakub (juga dikenali sebagai Israel) yang merupakan kelompok etnik yang memainkan peranan penting dalam sejarah keagamaan. Mereka sering disebut dalam kitab-kitab suci Yahudi, Kristian dan Islam, terutamanya berkaitan dengan kisah-kisah keagamaan, pengajaran moral dan peristiwa sejarah yang signifikan.

Nabi Yaakub mempunyai dua belas orang anak yang menjadi nenek moyang kepada dua belas suku bani Israil yang membentuk asas genealogi mereka.

Sejarah bani Israil dipercayai bermula dari zaman Nabi Ibrahim yang merangkumi pelbagai peristiwa penting yang diceritakan dalam kitab suci. Antara kisah tersebut termasuklah penghijrahanĀ  mereka ke Mesir pada zaman Nabi Yusuf, kemudian keluar dari Mesir (exodus) di bawah pimpinan Nabi Musa dan penubuhan kerajaan di Tanah Kanaan (Tanah Suci).

Kisah para nabi seperti Musa, Daud dan Sulaiman juga berkait rapat dengan sejarah bani Israil. Istilah ini merangkumi aspek etnik, keagamaan dan kebudayaan, menjadikannya penting dalam pemahaman sejarah dan tradisi monoteistik.

Ibrani

Istilah ā€œIbraniā€ berasal daripada ƊĀæƄĀĆ”Āøā€”ar yang bermaksud ā€œmelintasā€ atau ā€œmenyeberangā€ yang dikaitkan dengan kisah pengembaraan Nabi Ibrahim a.s.

Para sarjana berpendapatĀ  gelaran ā€œorang Ibraniā€ atau ā€œHabiruā€ yang diberikan kepada Nabi Ibrahim mencerminkan pengembaraannya, khususnya apabila baginda meninggalkan tanah kelahirannya di Kaldea (Mesopotamia) untuk berpindah ke Palestin.

Baginda menyeberangi Sungai Furat atau Sungai Jordan dalam perjalanannya. Berdasarkan Kitab Kejadian (Genesis) 14:13, Nabi Ibrahim digambarkan sebagai “Abram, orang Ibrani”, yang merujuk sebagai pendatang atau pengembara.

Terdapat juga pendapat yang menghubungkan istilah Ibrani dengan Abir, yang dipercayaiĀ  moyang kelima Nabi Ibrahim dalam salasilah keturunannya seperti yang disebut dalam kitab Taurat. Bangsa Ibrani pula merupakan nama lain untuk bani Israil atau orang Yahudi yang menggunakan bahasa Ibrani.

Oleh itu, istilah Ibrani bukan sekadar merujuk kepada asal-usul etnik atau bahasa, tetapi juga mengandungi makna yang lebih mendalam tentang Nabi Ibrahim, pergerakan, penghijrahan dan identiti yang terbentuk melalui pengalaman merentasi sempadan geografi.

Zionis

Zionis atau Zionisme merupakan gerakan yang bertujuan mengembalikan bangsa Yahudi ke negara mereka dan mewujudkan kedaulatan Yahudi di tanah Israel. Gerakan ini berakar umbi daripada konsep ā€˜Bukit Zionā€™ di Palestin, yang dianggap sebagai ā€œtanah yang dijanjikanā€ bagiĀ  Yahudi, serta menjadi asas pergerakan agama dan politik untuk merealisasikan impian mereka kembali ke tanah yang dijanjikan.

Theodor Herzl diiktiraf sebagai pengasas gerakan Zionisme, manakala Nathan Bernbaum, seorang penulis dari Austria, dicatatkan sebagai individu pertama menggunakan istilah Zionisme.

Gerakan Zionisme telah menimbulkan kontroversi, dengan sesetengah pihak melihatnya sebagai gerakan yang merampas tanah daripada pemiliknya (Palestin) dan melakukan infiltrasi politik bagi mencapai matlamatnya. Dalam erti kata lain, Zionisme ialah gerakan untuk mendirikan negara Israel.

Istilah berdasarkan konteks masa kini

Dalam konteks masa kini, istilah Yahudi merujuk kepada identiti agama dan bangsa, manakala Israel merujuk kepada negara yang didirikan oleh gerakan Zionis dan Ibrani merupakan bahasa.

Oleh yang demikian, penting untuk difahami bahawa tidak semua orang Yahudi menyokong negara Israel atau ideologi Zionis. Malah, terdapat sebilangan besar orang Yahudi yang secara aktif menentang tindakan Israel terhadap Palestin.

Populasi Yahudi global

Banci populasi bangsa Yahudi menunjukkan negara Israel mendahului dengan jumlah 5,309,000 orang, diikuti Amerika Syarikat (5,275,000), Perancis (492,000), Kanada (373,000) dan United Kingdom (297,000).

Angka ini diikuti oleh Rusia (228,000), Argentina (184,000), Jerman (118,000), Australia (103,000) dan Brazil (96,000). Negara-negara lain mencatatkan populasi Yahudi yang agak kecil iaitu Ukraine (80,000), Afrika Selatan (72,000), Hungary (50,000), Ethiopia (12,000-22,000) dan Iran (11,000-35,000).

Aliran-aliran Yahudi kini

Yahudi terdiri daripada dua golongan iaitu Yahudi Barat (Ashkenazim), dan Yahudi Timur (Sephardim). Terdapat empat aliran utama dalam Yahudi iaitu Yahudi Reformis, Yahudi Konservatif, Yahudi Ortodoks dan Yahudi lain.

Yahudi Reformis merupakan aliran liberal yang muncul pada pertengahan abad ke-18 di Jerman. Aliran ini menekankan pemikiran moden dan cenderung memisahkan agama daripada kehidupan seharian. Mereka menginterpretasi semula tradisi Yahudi dalam konteks kontemporari.

Yahudi Konservatif pula merupakan aliran pertengahan yang muncul di Amerika pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka mengamalkan keseimbangan antara tradisi dan pemodenan serta berusaha menyesuaikan amalan Yahudi dengan kehidupan moden.

Yahudi Ortodok merupakan aliran konservatif yang muncul pada awal abad ke-19 di Eropah. Aliran ini dikenali kerana sikapnya yang ekstrem kerana berpegang teguh pada tradisi dan peraturan agama. Aliran ini secara umumnya tidak menyokong gerakan Zionis dan terbahagi kepada lima pecahan utama iaitu Hered, Hasidic, Ortodok Moden, Zionis Religius dan Neturei Karta.

Yahudi lain pula berpecah kepada empat aliran utama iaitu:

  1. Kabbalah, merupakan aliran yang menekankan aspek kerohanian dan zuhud.
  2. Hasidiq, merupakan aliran yang menekankan sifat takwa. Aliran ini terbahagi kepada 12 kumpulan utama iaitu Bobov, Belz, Breslov, Ger, Chabad-Lubavitch, Munkacs, Puppa, Sanz-Klausenburg, Satmar, Spinka, Skver dan Vizhnitz.
  3. Samariyyun atau Samaritans yang dikenali sebagai ā€œpara penjaga syariat.ā€ Aliran ini mempunyai tradisi tersendiri yang berbeza daripada aliran Yahudi utama.
  4. Aliran Yahudi Kuno yang terbahagi kepada 11 kumpulan iaitu Sadducees, Pharisees, Essenes, Zealots, Maghariya, Therapeutae, Ebionites, Sicarii, Banaaim, Hypsistrion dan Hemerobaptists.

Setiap kumpulan ini mempunyai interpretasi dan amalan tersendiri terhadap ajaran Yahudi pada zaman kuno dan aliran ini dipercayai telah terhapus amalannya.

Identiti agama dan bangsa

Istilah Yahudi merujuk kepada identiti agama dan bangsa berdasarkan sejarah dari zaman Nabi Ibrahim, manakala istilah Israel pula mempunyai dua konteks iaitu merujuk kepada Nabi Yaakub dan keturunannya (bani Israil) serta negara moden yang ditubuhkan oleh gerakan Zionis.

Perbincangan mengenai Ibrani dan Zionis menunjukkan bagaimana identiti dan ideologi tersebut berkembang. Penting untuk difahami bahawa walaupun istilah-istilah ini saling berkaitan, namun ia tidak selalunya sinonim dan tidak semua orang Yahudi menyokong Zionisme atau negara Israel.

Prof. Madya Dr. Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Open University Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia