Debat Musleh ke-7: MCKK juara berganda, MTNP juara BA

Dalam pusingan akhir kategori Bahasa Melayu, MCKK mengalahkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh yang pernah memenangi kejohanan yang sama dalam MISDC ke-4 dan ke-5 serta menjadi naib juara pada tahun lalu. MCKK menjadi pihak kerajaan sementara STAR menjadi pembangkang dalam debat yang bertajuk “Pengeboman Bangkok Petanda Barat Dan Timur Jauh Terpisah”.

Dalam pusingan akhir kategori Bahasa Inggeris, MCKK buat julung kali berjaya mengalahkan juara MISDC empat kali berturut-turut, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru yang baru-baru ini telah memenangi kejohanan IIUM Intershool Debating Championship (IDC) pada minggu lalu.

    

Juara MISDC 7: MCKK (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) dan MTNP (Bahasa Arab)

MCKK menjadi pihak kerajaan sementara SMIH menjadi pihak pembangkang dalam debat yang bertajuk “The United States of America Should Fund Moderate Madrasah Throughout Islamic World”. Ini adalah kali kedua sekolah-sekolah ini bertemu dalam pentas akhir di mana pada tahun lalu, SMIH menjadi juara mengalahkan MCKK.

Dalam pusingan akhir kategori Bahasa Arab, MTNP buat kali pertama menjadi juara mengalahkan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP), Kuala Lumpur. Kedua-dua sekolah ini juga muncul buat kali pertama dalam dalam pentas akhir debat di mana MTNP menjadi pihak kerajaan dan SMA MAIWP menjadi pihak pembangkang membahaskan tajuk “Membangunkan Semangat Setia Kepada Negara Tangunggungjawab Keluarga”.

   

Naib Juara MISDC 7: STAR (Bahasa Melayu), SMIH (Bahasa Inggeris) dan SMA MAIWP (Bahasa Arab)

Piala pusingan, piala iringan dan wang tunai kepada para pemenang disampaikan oleh wakil Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yang Berbahagia Ustaz Saifuddin Hussin yang turut merasmikan majlis penutup kejohanan 7th MISDC semalam di Dewan Utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur di sini, diiringi oleh Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Hjh Kamaliah Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor dan Pengarah MISDC, Nur Athirah Kahar.

7th MISDC telah berlangsung selama empat hari pada 20-23 Ogos lalu di Hotel Putra dan UTM anjuran IKRAM, Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad dengan kerjasama UTM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KPM dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).

Sebanyak 99 pasukan daripada 47 buah sekolah telah menyertai kejohanan ini berdasarkan format debat ala Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem ‘power match’ berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa.

Tahniah kepada semua pemenang! Yang tidak berjaya, cuba lagi dalam MISDC kali ke-8 tahun hadapan, insya-Allah.

FB Page rasmi kejohanan: Musleh ISDC

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia