Debat Antarabangsa MUSLEH ke-6: 92 pasukan bakal berentap

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan MUSLEH Bhd akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2014 (MUSLEH International Students Debating Championship 2014) pada 22-26 Ogos 2014 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak dan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Kejohanan lima hari ini akan dianjurkan bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).

Kejohanan ini bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan.

Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna.

Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.


Sembilan puluh dua buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Pakistan, Negara Brunei Darussalam, Qatar dan Indonesia akan berdebat atas tema-tema yang meliputi politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa.

Sila layari laman web kejohanan di http://muslehdebate.com/ dan Facebook: ”Musleh ISDC” untuk maklumat terkini.

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II mulai 2.00 petang Selasa 26 Ogos 2014.

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran semua bagi menyaksikan program yang amat bermakna ini.

Untuk maklumat lanjut,  sila hubungi Sekretariat, Ustaz Megat Mohamad Amin (019-2687058)/ Anas Shafie (019-3071575) atau emel [email protected] / [email protected]


Prof. Dr. Omar bin Yaakob

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan

012-7086482


6th MUSLEH International Students Debating Championship 2014

Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Ke-6 2014

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia