Debat Antara Sekolah Malaysia ke-13: SMIH juara Bahasa Inggeris, SMIAAG naib juara Bahasa Arab

Sebuah lagi sekolah IKRAM-MUSLEH, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) pula meraih naib juara kategori Bahasa Arab dalam pertandingan yang berlangsung pada 7-11 Ogos lalu anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Pasukan debat Bahasa Inggeris SMIH mengalahkan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Kuantan di mana pendebat SMIH, Md Wazir Kahar (gambar) telah dinobat sebagai pendebat terbaik pusingan akhir yang membicarakan tajuk berkaitan genetik manusia.

Sementara itu, pasukan debat Bahasa Arab SMIAAG telah dikalahkan oleh pasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang dalam pusingan akhir dengan tajuk ‘GST Meningkatkan Ekonomi Malaysia’.

Dalam kategori Bahasa Melayu, pasukan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak menjadi juara mengalahkan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dalam pusingan akhir debat yang bertajuk ‘Keamanan Dunia Tanggungjawab Majlis Keselamatan’.

Hadiah wang tunai bernilai RM3,000 untuk juara dan RM1,500 untuk naib juara beserta piala pusingan, piala iringan, piala individu dan sijil kejohanan kepada para pemenang telah disampaikan oleh Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin diiringi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam.

Tahniah kepada kedua-dua SMIH dan SMIAAG yang mengharumkan nama sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH di pentas debat antara sekolah di peringkat nasional. Debat Antara Sekolah Malaysia kali ke-13 yang lebih dikenali dengan 13th Interschool Debating Championship (IDC) ini telah disertai kira-kira 120 buah sekolah seluruh Malaysia dengan penyertaan 126 pasukan dalam ketiga-tiga kategori bahasa.

Pada tahun lalu, dua sekolah IKRAM-MUSLEH turut mengungguli kejohanan yang sama di mana Sekolah Menengah Al-Islah (SMAI) Sungai Petani menjuarai debat Bahasa Melayu sementara SMIH menjuarai debat Bahasa Arab.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia