Darurat tidak perlu, rakyat melarat perlu dibantu

Menjunjung kasih Tuanku yang meraikan pandangan Raja-raja Melayu yang lain serta mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

 

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pandemik COVID-19 yang masih berleluasa, melaksanakan darurat bukanlah satu keperluan bahkan bakal menambahkan lagi beban terhadap rakyat yang sebahagiannya sudah melarat.

 

Berikutan ratusan kes COVID-19 setiap hari di Sabah, ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan kembali PKP atau PKPD dan menambah bantuan untuk rakyat di negeri itu. NGO-NGO seperti Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu), MyCARE dan IKRAM Health telah dan sedang membantu membekalkan kelengkapan PAPR dan PPE kepada frontliners di sana.

 

Dalam sektor pekerjaan, dijangka 2.4 juta orang bakal kehilangan kerja dalam masa beberapa bulan lagi. Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah yang serius antaranya melanjutkan moratorium untuk semua hingga hujung tahun dan menambah peruntukan Bantuan Prihatin Nasional yang sedia ada bagi meringankan beban ekonomi mereka.

 

Dalam pada itu, kita juga menjunjung kasih YDPA yang bertitah agar ahli-ahli politik menghentikan politiking dan memfokuskan kepada menangani situasi rakyat yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19.

 

Dalam keadaan kedudukan kerajaan pusat yang tidak stabil, pendekatan collaborative politics (politik kerjasama) perlu diambil kira agar ahli-ahli politik merentas parti-parti politik negara bersatu hati dan berganding bahu dengan kerajaan dalam situasi yang sangat mencabar ini.

 

Pelaksanaan darurat sangatlah tidak wajar hanya jika hendak menyelamatkan kedudukan kerajaan yang tidak stabil menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

 

Ahli-ahli parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang kemungkinan juga akan bersetuju jika Belanjawan 2021 nanti benar-benar memenuhi kehendak dan keperluan rakyat untuk menangani cabaran pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

 

Di sinilah letaknya kebijaksanaan kerajaan khususnya Perdana Menteri dan kabinetnya supaya berbincang bersama-sama dengan para pemimpin pembangkang dan mengambil kira pandangan mereka agar Belanjawan 2021 nanti diluluskan sebulat suara di parlimen.

 

Keberanian Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu sewajarnya dicontohi.

 

Kita dapat lihat usaha beliau menyakinkan semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang hingga diluluskan usul secara sebulat suara untuk menurunkan umur pengundi berdaftar kepada 18 tahun di parlimen, sesuatu yang jarang-jarang dilakukan kecuali melibatkan isu Palestin dan kedaulatan negara.

 

Jika ini tidak berlaku, drama-drama politiking negara akan berterusan dan sudah pasti kestabilan dan kelancaran gerak kerja kerajaan akan terganggu dalam masa yang sama menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang tertekan dengan kemelesetan ekonomi kesan COVID-19. Drama-drama politiking ini pula boleh disaksikan saban hari di layar skrin telefon bimbit dan TV kita.

 

Kita ingin lihat keseriusan langkah-langkah kerajaan dalam menangani dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ini. Pelan jangka panjang perlu dirangka dan dibentang dengan segera untuk memulihkan ekonomi dan membela nasib rakyat jelata.

 

Bak kata Jeneral Rama dalam animasi Ejen Ali, “Bertindak segera!”

 

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia