Dakwah melalui media latih diri menjadi ikhlas – Dr Arshad

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa dakwah IKRAM melalui media mampu digerakkan dengan lebih efektif bagi mencapai matlamat Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI 1619) iaitu untuk “Memacu Perubahan Masyarakat Dan Negara” dengan syarat tidak berputus asa sebelum ia bermula. 

“Bila kita nak mula sesuatu kita kena yakin yang kita akan berjaya sepenuhnya, insyaaAllah kita akan berjaya walaupun tidak 100% di pertengahannya, kerana kemudian kita akan perbaikinya hingga berjaya.

“Jadi, jangan sekali-kali kita berputus asa sebelum kita bermula,” jelasnya kepada para aktivis media yang hadir.

MIN16 telah berlangsung di Dewan Utama Kompleks IKRAM pada Sabtu 5 Mac 2016 bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja IKRAMedia di semua peringkat melibatkan kehadiran 50 orang aktivis media yang terdiri daripada wakil IKRAMedia pusat, negeri, wakil media institusi dan agensi IKRAM.

    

Pembentangan oleh Mohamad Ros (Kelantan), Mohamad (WP) dan Sazira (Wanita)

Muzakarah dimulakan dengan penerangan tentang halatuju IKRAMedia untuk RI 1619 oleh Dr Arshad diikuti dengan laporan gerak kerja media IKRAM Sarawak, IKRAM Kelantan, IKRAM Wilayah Persekutuan, Wanita IKRAM Malaysia dan IKRAM Johor.

Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin, Pengurus Besar Risalah Harmoni Sdn Bhd (RHSB) turut membentangkan perkembangan operasi dan perancangan hadapan penerbitannnya dan seterusnya Timbalan Pengerusi IKRAMedia, Prof Madya Hj Mohamad Saidy Ismail menerangkan berkaitan Modul Latihan IKRAMedia yang merangkumi Kursus Asas Media IKRAM (KAMI) dan Kursus Kemahiran Media IKRAM (KEMI).

    

Pembentangan Ahmad Hisham (Johor), Wan Mohd Zukri (RHSB) dan pengacaraan radio

Dalam usaha IKRAMedia mewujudkan radio online IKRAM, pihak penganjur telah menjemput pasukan DPedas fm untuk berkongsi mengenai pengendalian radio tersebut sepanjang kewujudannya. Peserta MIN16 juga berpeluang mencuba menjadi DJ secara online setelah taklimat oleh Cik Ta serta penerangan dan demo oleh DJ Roy.

Pembentangan tentang infrastruktur IT IKRAM pula dibentangkan oleh Hj Ahmad Jamali Sepihie seterusnya Pengurus Jabatan Penerangan dan Media, A Ralim M Yassen berkongsi projek khas yang dijalankan IKRAMedia diikuti dengan penerangan mengenai media sosial IKRAM oleh Mohamad Hafizuddin.

Semasa penerangan tersebut, pihak penganjur turut membuat kejutan dengan mengumumkan Anugerah IKRAMedia bagi Portal Aktif Negeri dan Peningkatan Facebook Tertinggi kepada IKRAMedia Sarawak.

    

Pembentangan Ahmad Jamali, A Ralim dan penerimaan Anugerah IKRAMedia 

Ia dinilai dengan keaktifan berita di portal IKRAM negeri dan juga bilangan like tertinggi selepas MIN 14 yang lalu antara FB IKRAM Negeri yang lain. Anugerah disampaikan oleh Dr Arshad kepada Pengerusi IKRAMedia Sarawak, Saiful Azri Jamian.

Dalam muzakarah tersebut, beberapa rumusan telah digarap untuk tindakan IKRAMedia di semua peringkat dan juga media institusi serta agensi antaranya mengenai liputan (coverage) mengenai tokoh IKRAM di kawasan, peranan dalam radio IKRAM, mobilisasi sukarelawan media, dana operasi, latihan media dan struktur praktikal organisasi.

Dengan adanya muzakarah dwi tahunan ini, diharapkan gerak kerja IKRAMedia akan terus digemblengkan untuk menyebarkan dakwah, kebaikan dan rahmat Islam tersebar sesuai dengan visi IKRAM iaitu “Malaysia Menjadi Negara Rahmah”, insyaaAllah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia