Daie Muda YADIM Raih Pengalaman Bermakna di IKRAM

Daie Muda YADIM Raih Pengalaman Bermakna di IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menerima kehadiran lima orang pelatih daripada Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2025 untuk menjalani latihan lapangan selama 21 hari bermula 7 hingga 27 Julai 2025. 

Penempatan ini merupakan salah satu komponen penting dalam program intensif tiga bulan yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), bertujuan membina generasi dai muda Muslim yang seimbang dari sudut rohani, intelek dan kemahiran.

ADMY 2025 menyasarkan belia Muslim berumur 21 hingga 30 tahun yang memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah sarjana muda dan melalui saringan bagi memastikan mereka berpotensi menjadi ejen perubahan dakwah yang profesional, kreatif dan kontemporari. 

Modul latihan ADMY merangkumi pelbagai bidang seperti Tekno Daie, Dakwah dan Kebajikan, Pengucapan Awam, Silang Agama dan Budaya, Pembangunan Diri, Rohani Daie, Dakwah Antarabangsa dan Daie Profesional.

Lima pelatih yang telah ditempatkan di IKRAM ialah Nurul Syuhada’ Mohd Kamil, Nur Hikmah Bakhtier Effandy, Muhammad Adib Asyraf Ahmad Kamarut, Nursyazwina Zaidi dan Muhammad Faizal Duraim.

Sepanjang tempoh penempatan, para pelatih telah melibatkan diri secara aktif dalam beberapa program utama anjuran IKRAM seperti AISAR for Teens 2025, Sembang Santai bersama Daie Muda YADIM serta Generasi Qawwam: Anak Muda Hero Keluarga.

Pelatih juga diberi tanggungjawab untuk membantu pengurusan program secara langsung, termasuk menyusun atur pelaksanaan program daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan.

Menurut Hikmah, suasana latihan di IKRAM sangat memberangsangkan.

“Saya seronok di sini sebab dapat merasai persekitaran kerja yang positif dan menyenangkan. Walaupun masa untuk uruskan program seperti AISAR Teens agak singkat dan bermula dari kosong, tapi ia sangat mencabar dan beri pengalaman bermakna,” katanya ketika diminta berkongsi pengalaman.

Sementara itu, Adib menyifatkan keseluruhan pengalaman latihan sebagai positif. 

“Alhamdulillah, secara umumnya positif. Banyak benda baru yang saya belajar terutama dari segi pengurusan dan adaptasi budaya kerja NGO,” ujarnya ringkas.

Dalam tempoh penempatan ini, para pelatih turut diberi pendedahan kepada struktur organisasi dan dibimbing oleh pegawai IKRAM dalam pelaksanaan tugas.

Kerjasama ini diharap menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara IKRAM dan YADIM dalam memperkasa misi dakwah negara secara bersama, serta memberi impak berpanjangan kepada pembangunan kader pendakwah muda yang berkualiti dan berdaya saing.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia