Daftar larian dapat baju, mafla Palestin

SERI KEMBANGAN – Demi membangunkan semula Palestin, pendaftaran Solidariti Palestina Virtual Run kini dibuka bermula 10 Jun hingga 15 Julai depan.

Larian solidariti ini dianjurkan bersama oleh IKRAM MUSLEH, Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dan MyCARE dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Kelab MyCARE Musleh dan Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM).

 

Menurut penganjur, tempoh larian akan bermula pada 15 Julai hingga 31 Ogos 2021 dan kit larian dijangka diterima pada 15 hingga 31 Ogos 2021.

 

“Kini, Palestin sekali lagi memanggil kita agar dapat membantu meringankan beban, menghulurkan sumbangan untuk mereka.”

 

Tambahnya, 100 peratus keuntungan daripada program ini akan terus disalurkan ke tabung Palestin MyCARE.

 

Menariknya, mereka yang mendaftar dan memilih Pakej A (RM40) dan Pakej B (Muslimah – RM50) bakal mendapat baju program bertema Palestin yang direka khas menggunakan kain ‘microfibre dry fit’ dan mafla berlogo MyCARE dengan tulisan ‘Free Al-Aqsa’ beserta E-sijil penyertaan.

 

Bagi yang ingin mendapatkan baju sahaja tanpa menyertai larian, mereka boleh memilih Pakej C (RM25) dan Pakej D (Muslimah – RM35) sementara Pakej E (RM25) bagi yang ingin mendapatkan mafla sahaja.

 

“Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, guru, pensyarah dan semua staf bukan akademik serta orang awam.”

 

Untuk maklumat penyertaan, pendaftaran dan bayaran untuk Solidariti Palestina Virtual Run, anda boleh terus melayari pautan https://krsmusleh08.yzza.io/wdwn5.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia