“Dasar yang ditambah baik itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga menjalankan tanggungjawab bersama isteri dalam menyambut kelahiran ahli keluarga yang baharu,” kata Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dalam satu kenyataan media.
Menganggap pengumuman ini dibuat bertepatan dengan sambutan Hari Bapa pada 18 Jun lalu, beliau berharap dasar ini perlu menjadi contoh kepada semua sektor pekerjaan yang lain dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.
“Usaha ini juga dapat membantu mengembalikan role model bapa sebagai ketua keluarga dalam membina generasi masa depan yang semakin terhakis pada masa kini, akibat kesibukan seorang bapa dalam mencari rezeki di luar rumah.”
Tambah beliau, dasar ini juga dapat membantu mengembalikan role model bapa sebagai ketua keluarga dalam membina generasi masa depan yang semakin terhakis pada masa kini, akibat kesibukan seorang bapa dalam mencari rezeki di luar rumah.
Beliau turut berharap supaya golongan bapa dapat lebih menghargai dan memberi sokongan kepada fasa pemulihan yang sedang dilalui oleh isteri yang baharu bersalin terutamanya dari segi sokongan fizikal dan emosi daripada suami.
“Inisiatif (cuti 30 hari) ini dapat memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan keluarga disamping mengelakkan kejadian kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).”
Che Asmah juga menyarankan agar para bapa memanfaatkan cuti yang diberi sepenuhnya untuk membantu isteri dan menjalinkan hubungan erat dengan anak agar dapat dibina keluarga yang lebih harmoni.
Sumber: Wanita IKRAM