CSO Mampu Berperanan Efektif Membina Negara – Presiden IKRAM

CSO Mampu Berperanan Efektif Membina Negara - Presiden IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan masyarakat madani (CSO) mampu berperanan secara efektif dalam membina negara melalui advokasi dan mempengaruhi polisi negara.

“Apa yang kita perlukan ialah ‘mindset’ yang strategik, bidang fokus, kekuatan yang ada dan bagaimana kita harus merangka apa yang kita ingin sampaikan kepada kerajaan dan sebagainya,” kata Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel bagi forum bertajuk ‘Effective Role of CSOs in Nation Building 2.0 – Fringe Players or Partners?’ di ISTAC-IIUM pada Jumaat.

Tambahnya, CSO juga perlu melakukan kajian yang berkualiti tentang sesuatu isu dan disokong oleh data.

“Kita tidak boleh bercakap secara umum atau luaran lagi. Kita perlu ketengahkan polisi atau cadangan tetapi disokong dengan kajian berkualiti dan data,” tambahnya.

Selain itu jelasnya, CSO perlu menunjukkan bukti sesuatu konsep yang ingin dilaksanakan.

“Kita perlu lakukan uji polisi cadangan di peringkat bawahan. Kami (IKRAM) mempunyai cawangan negeri dan sebagainya, juga sekolah-sekolah supaya ujian dapat dilakukan,” ujarnya.

Menurut Hj Badlishah, satu lagi faktor penting yang CSO perlukan ialah kolaborasi strategik dengan pihak-pihak lain dalam menjayakan peranan membina negara.

“Kita tidak melakukannya sendiri. IKRAM juga tidak mampu lakukan sendirian walaupun ia salah satu pertubuhan Islam terbesar negara.”

“Kerja-kerja membina negara ini terlalu banyak untuk berkhidmat kepada masyarakat, oleh sebab itu kami lakukan perkongsian dan kerjasama dengan CSO-CSO dan institusi lain.”

Beliau turut berkongsi bagaimana pada tahun lalu IKRAM memanfaatkan kira-kira RM1 juta tajaan Yayasan Hasanah dalam menjayakan program Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK).

Program IMPAK mensasarkan untuk membimbing ibu bapa agar mampu memantau dan memastikan proses pembelajaran anak-anak yang lebih baik di rumah, di samping meningkatkan sahsiah mereka.

“Namun, kita mesti ada ‘track record’ yang baik dalam melaksanakannya supaya penaja berasa yakin dengan kemampuan kita berkhidmat untuk masyarakat,” katanya lagi.

Jelasnya, sumbangan dan tajaan boleh datang daripada pelbagai sumber.

“Jika kita ada ‘track record’ yang baik, orang akan datang kepada kita (untuk menaja).”

Selain IMPAK, menurut Hj Badlishah, IKRAM juga menganjurkan beberapa program kolaborasi seperti Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama 20 buah NGO, serta Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Tambahnya, IKRAM turut dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberikan input bagi penambahbaikan Dasar Keluarga Negara.

Manakala institusi pendidikannya iaitu IKRAM MUSLEH turut bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM dalam bidang pentaksiran pendidikan.

Hasil idea sistem pentaksiran International Quality Range Assessment (IQRA) yang dibangunkan IKRAM MUSLEH, kedua-dua pihak bersetuju untuk membangunkan projek National Quality Range Assessment.

Forum ‘Effective Role of CSOs in Nation Building 2.0 – Fringe Players or Partners?’ dianjurkan oleh ISTAC-IIUM dengan kerjasama Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan IKRAM.

Ucaptama disampaikan oleh Dekan ISTAC-IIUM, Prof. Dr Abdelaziz Berghout, diikuti dengan forum yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Danial Mohd Yusof dan diskusi berkumpulan.

Selain Hj Badlishah, tiga ahli panel lain dalam forum ini ialah Siti Fadilah Mohd Hood (Islamic Relief Malaysia), Dr Sharifah Nursyahidah (UKM) dan Mr. Eddin Khoo (ISIS Malaysia & PUSAKA).

Turut hadir menyampaikan ucapan aluan CEO ACCIN, Ir. Hj Mohd Jamaludin Shamsudin dan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia