Kes baharu Covid-19 di bawah 3,000

SERI KEMBANGAN – Jangkitan harian Covid-19 dalam negara kembali turun di bawah paras 3,000 apabila 2,589 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 3,108 kes sebelumnya.

 

“Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 66 kes atau 2.5 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima manakala 2,523 kes lagi adalah kategori satu dan dua,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan mengenai situasi Covid-19 pada Isnin.

 

Kes harian Covid-19 kali terakhirnya merekodkan angka di bawah paras 3,000 kes adalah pada 27 April lepas iaitu 2,733 kes.

 

“Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit Covid-19 tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala kategori tiga, empat dan lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen atau alat bantuan pernafasan.”

 

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes sembuh, sebanyak 3,810 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,721,544, manakala 379 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 210 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Tiga kluster baharu dikesan hari ini dan jumlah kluster masih aktif adalah 251 dan nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam adalah 0.92,” jelas beliau lagi.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,135 orang, daripada 2.71 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

“Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.”

 

Menurut data KKM di portal CovidNow, lapan daripada 43 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

 

“Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.”

 

Sementara itu, terdapat 52,218 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 44,201 individu atau 84.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

 

Manakala, seramai 3,872 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

 

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 943 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia