COVID-19: Kes kematian di Amerika Syarikat mengatasi Itali

 

Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan lebih 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam hingga menyebabkan angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan mencatatkan jumlah kumulatif  sebanyak 113,362 pada pagi Isnin.

 

Seterusnya Itali pada kedudukan kedua dengan kematian menghampiri 20,000 orang dan Sepanyol menjadi negara ketiga mempunyai kematian tertinggi iaitu 17,113.

 

Perancis pula mencatatkan kes kematian sebanyak 14,412 manakala jumlah di Britain buat pertama kalinya melepasi 10,000 mangsa.

 

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 1.9 juta orang dan ia mencatatkan pertambahan melebihi 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

 

Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi 100,000 dan AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila merekodkan 550,016 kes diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 166,127 dan 156,363 kes secara keseluruhan.

 

Perancis dan Jerman pula berada pada kedudukan keempat dan kelima dengan mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 133,669 dan 127,459 kes.

 

Sementara itu, Britain mengatasi China, berada di kedudukan keenam dengan lebih 85,000 kes positif, manakala China hanya mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,134 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia