Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan lebih 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam hingga menyebabkan angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 113,362 pada pagi Isnin.
Seterusnya Itali pada kedudukan kedua dengan kematian menghampiri 20,000 orang dan Sepanyol menjadi negara ketiga mempunyai kematian tertinggi iaitu 17,113.
Perancis pula mencatatkan kes kematian sebanyak 14,412 manakala jumlah di Britain buat pertama kalinya melepasi 10,000 mangsa.
Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 1.9 juta orang dan ia mencatatkan pertambahan melebihi 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi 100,000 dan AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila merekodkan 550,016 kes diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 166,127 dan 156,363 kes secara keseluruhan.
Perancis dan Jerman pula berada pada kedudukan keempat dan kelima dengan mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 133,669 dan 127,459 kes.
Sementara itu, Britain mengatasi China, berada di kedudukan keenam dengan lebih 85,000 kes positif, manakala China hanya mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,134 kes.