Covid-19 Bukan Lagi Kecemasan Kesihatan Antarabangsa

SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa Covid-19 tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC).

“Perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva,” ujar Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau berkata, keputusan tersebut mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian Covid-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi.

“Antara penyumbang keputusan tersebut melibatkan kebolehcapaian kepada diagnosis, rawatan dan vaksin serta pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan tidak menyebabkan jangkitan Covid-19 yang teruk.”

Terdahulu, Kementerian Kesihatan melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan dari 1 Jan hingga 30 Jun dan menjangkakan penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 akan dilaksanakan pada pertengahan Jun 2023 bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

“Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan serta pencegahan Covid-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula seterusnya mengemas kini garis panduan Covid-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik Covid-19,” kata Zaliha.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited dan akan terus memantau situasi Covid-19 di dalam serta luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesihatan juga kesejahteraan rakyat.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia