COVID-19: Beberapa saranan pelan pemulihan ekonomi negara

Jadi prosesnya akan mengambil masa yang lebih lama kerana ia bergantung juga sejauh mana pemulihan ekonomi kuasa-kuasa besar dunia seperti China, Amerika Syarikat dan juga Jepun.

 

Justeru, kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang menyatakan bahawa ekonomi negara akan pulih dalam tempoh masa enam bulan wajar disemak semula.

 

Tambahan pula, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebenarnya bukanlah pelan jangka masa yang lebih panjang tetapi ia hanya proses ‘mitigasi’ yang bersifat sementara dan tujuannya hanya untuk menampung kesan dan merangsang keadaan ekonomi yang sedia ada.

 

Lebih teruk berbanding krisis 1998

 

Antara krisis kemerosotan ekonomi yang terburuk dalam sejarah negara kita ialah pada tahun 1998 dan 1999. Keadaannya jauh berbeza dengan apa yang berlaku dan dihadapi oleh rakyat ketika ini kerana ianya hanya melibatkan negara-negara Asia khususnya negara ASEAN tetapi di peringkat antarabangsa dan global, ianya tidak terkesan.

 

Proses dan tempoh masa yang diambil oleh kerajaan pada ketika itu sekitar dua tahun untuk mengembalikan kestabilan ekonomi dalam usaha meningkatkan produktiviti untuk dieksport ke luar negara berdasarkan harga pasaran ketika itu. Ini kerana negara-negara lain tidak terjejas.

 

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara bermula daripada 23 sehingga 31 Mac 2020 ke atas lebih 170,000 responden, ianya telah mendapati bahawa separuh daripada keseluruhan responden tidak mempunyai duit simpanan atau duit poket sama sekali dalam tempoh berlangsungnya PKP.

 

Kemudian, satu pertiga daripadanya pula mengalami penyusutan pendapatan sebanyak 90 peratus. Ini bermakna, jika pendapatan sehari seseorang ketua keluarga itu berjumlah RM100, dia hanya mendapat RM10 sepanjang krisis ini berlangsung.

 

Secara perkiraan mudah, jika kita padankan hasil daripada kajian tersebut dengan keadaan kegawatan ekonomi pada masa ini, dijangka hampir 2.1 juta rakyat Malaysia akan mengalami risiko hilang pekerjaaan dan punca pendapatan selepas berakhirnya krisis ini.

 

Pada tahun 1998, hampir 84,000 rakyat yang hilang pekerjaaan dan terkesan ekoran krisis kewangan yang dialami. Ini bermakna, kesannya pada ketika ini menjangkau lebih daripada itu dan dijangka berlipat kali ganda.

 

Mewujudkan pelan pemulihan nilai mata wang tempatan

 

Kejatuhan nilai mata wang negara mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang negatif. Walaupun begitu, kita perlu akui bahawa perkembangan ekonomi global mempengaruhi nilai mata wang tempatan.

 

Oleh itu, antara fokus utama yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan ialah bagaimana kita ingin mestabilkannya agar rakyat Malaysia khususnya para pelajar di luar negara tidak terbeban.

 

Kerajaan juga boleh mewujudkan satu program khas untuk menggalakkan rakyat dan syarikat pengeluar tempatan membeli serta menjual bahan makanan mentah yang dikawal selia prosesnya dari awal hingga akhir di Malaysia, sekali gus mengurangkan pengunaan kuantiti bahan mentah yang diimport.

 

Pelan pemulihan nilai mata wang ringgit perlu segera dibentangkan dan memperkenalkan satu tempoh sasaran terhadap nilai mata wang negara.

 

Selain itu, kerajaan perlu mengalakkan rakyat membeli dan memanfaatkan produk tempatan bagi merangsang dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara secara dasarnya dari semasa ke semasa.

 

Memperkenalkan sistem subsidi minyak mentah baharu

 

Berdasarkan Belanjawan 2020, anggaran pendapatan negara adalah USD60 setong harga minyak. Walau bagaimanapun, kini nilainya mencecah  USD20 dan berlaku penurunan mendadak sekitar USD40. Jika dipadankan secara tahunan, negara kehilangan pendapatan sekitar RM35 bilion.

 

Dalam keadaan aktiviti ekonomi yang berjalan perlahan dan kerajaan kekurangan sumber kewangan, ianya menjadi keperluan buat kerajaan untuk mewujudkan satu sistem subsidi yang baru dengan menghadkan kadar sistem subsidi minyak yang diberikan berdasarkan penggunaan maksima minyak mentah mengikut kadar kemampuan rakyat.

 

Sebagai contoh, rakyat yang terdiri daripada golongan B40 kadar penggunaan maksima minyak mentah yang disubsidikan berbanding rakyat yang terdiri daripada golongan T20 serta kadar subsidi yang diberikan oleh kerajaan berbeza.

 

Ini bermakna, jika penggunaan rakyat B40 tidak melepasi had yang ditetapkan, maka harga minyak mentah yang dibayar masih diberikan subsidi sebahagian daripadanya. Data jumlah penggunaan boleh direkod menerusi sistem MyKad secara mingguan dan ianya juga bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

 

Cukai Kentungan Modal diwujudkan

 

Sudah tiba masanya, kerajaan memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal ke atas pendapatan yang melebihi RM10 juta setahun. Secara tidak langsung, ianya bukan sahaja fokus kepada penambahan sumber kewangan kerajaan tetapi memantau dan mengawasi jutawan dan orang-orang kaya yang telah mengaut keuntungan yang besar tanpa dikenakan sebarang bentuk cukai.

 

Perbincangan yang melibatkan semua pihak

 

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah melaporkan bahawa 2.4 juta pekerja berisiko kehilangan pekerjaan ekoran wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan satu sistem yang komprehensif tanpa meremehkan soal kesihatan para pekerja.

 

Sebagai contoh, satu dasar dan polisi perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri sama ada mewujudkan satu suntikan dana atau kewangan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produktivit, tanpa meminggirkan peranan dan cadangan daripada pemegang taruh seperti ahli akademik, wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan syarikat-syarikat daripada pelbagai latar belakang industri.

 

Kesimpulan

 

Kerajaan perlu memandang serius terhadap pelan pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kelak demi kesejahteraan rakyat dan negara dalam jangka masa yang pendek dan juga panjang.

 

Di samping itu, penekanan perlu diberikan dalam soal keberkesanan sistem yang sedia ada agar aktiviti ekonomi dapat dijalankan secara lancar dan berperingkat serta memberi jaminan tidak ada rakyat khususnya para pekerja terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.

 

Firzan Hakimi, aktivis Mahasiswa Keadilan Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia