CNYOH rungkai salah tanggap terhadap Islam

Rumah terbuka anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) dan He-Ping Chinese Muslim Society ini bertujuan untuk merungkai salah tanggap masyarakat terhadap Islam dan mengiktiraf kepelbagaian budaya dan adat resam selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Antara salah faham yang kerap berlaku ialah seperti masuk Islam masuk Melayu, masuk Islam kena tukar nama bapa, masuk Islam putus hubungan keluarga. Justeru, menyebabkan ada di antara saudara baru yang telah dibuang keluarga, diancam bunuh dan sebagainya,” jelas Hj Zun Arif Hakim Abd Rahman, Pengurus Program HCF dalam sidang media CNYOH 2017 di sini.

Beliau turut memaklumkan pelbagai acara menarik yang akan diadakan pada CNYOH 2017 di peringkat pusat ini.

“Antaranya persembahan Tarian Singa, pemberian angpau untuk kanak-kanak, cabutan nombor bertuah, kuiz untuk kanak-kanak dan persembahan face changing.”

Dalam pada itu, beberapa booth menarik untuk masyarakat mendapatkan maklumat tentang Islam dan kaligrafi Cina turut disediakan pihak penganjur.

“Majlis yang gilang-gemilang ini akan dirasmikan oleh Tuan Hj Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM),” ujar beliau.

Menurut Zun Arif lagi, majlis ini akan ditaja sebahagian besarnya oleh seorang pengusaha restoran yang merupakan saudara baru iaitu Restoran Mohd Chan Abdullah.

Beliau menyeru masyarakat Tionghua untuk bersama-sama menjayakan CNYOH 2017 ini dan pendaftaran perlu dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online https://goo.gl/forms/G3LsjHJXXJtVArP13 atau dengan hubungi Saudari Najah di talian 010-8027322.

Bagi masyarakat Islam yang ingin hadir menurutnya, mereka perlu membawa rakan Tionghua sekurang-kurangnya seorang.

“Semoga majlis ini berjaya melahirkan masyarakat Malaysia yang hidup harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain ke arah Malaysia Menuju Negara Rahmah,” harapan beliau.

Majlis Sambutan Chinese New Year Open House (CNYOH) telah dianjurkan sejak tahun 2013 lagi.

Hidayah Centre telah ditubuhkan sejak tahun 2005 dan telah diperbadankan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada Februari 2012 dan dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation (HCF).

Sehingga kini, HCF mempunyai 27 Pusat Operasi di seluruh negara. Sejak ditubuhkan, ribuan saudara baru telah mendapat manfaat melalui HCF hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin.

Info: FB Hidayah Centre

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia