ChatGPT: Kesan dan Ancaman Kecerdasan Buatan (AI)

ChatGPT: Kesan dan Ancaman Kecerdasan Buatan (AI) | IKRAM

Beberapa tahun yang dulu, buku peta digunakan untuk mencari arah destinasi. Kini, tanpa mengetahui landmark atau tanda tempat arah tuju, seseorang sudah boleh sampai dengan mudah melalui bantuan Google Maps atau Waze. 

Dahulu, surat menjadi penghubung khabar sesama sendiri. Salam perantauan dikirim melalui akhbar harian. Kini media sosial menjadi pengganti diri.

Bahkan Facebook, Instagram, Twitter dan seumpamanya memberi lebih daripada itu. Pelbagai variasi maklumat, kandungan video atau barang yang dalam kecenderungan semasa dengan mudahnya disampaikan kepada pengguna.

Kesan AI

ChatGPT kini telah menjadi aplikasi percuma terbaru yang popular dalam menyelesaikan tugasan penulisan dan pencarian maklumat melalui jalan pintas.

Teknologi di sebalik semua kemudahan ini adalah aplikasi artificial intelligence (AI) atau kecerdasan buatan.

Tahukah anda, AI sudah lama wujud, namun mengalami lonjakan hasil pembangunan pesat teknologi cip, kemajuan teknik pengaturcaraan komputer, pengolahan data dan pemodelan statistik? 

AI merupakan teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari masa ke masa hingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan suatu tugasan.

Kini AI sudah tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, bahkan penggunaannya sudah tersebar luas ke pelbagai sektor industri seperti automotif, kesihatan dan kewangan.

Revolusi Industri 4.0 y(IR 4.0) yang berasaskan sistem digital kini berjalan rancak di serata dunia didorong oleh kemampuan AI sebagai salah satu kunci pemacu utama. 

Ancaman Pekerjaan

AI telah membuatkan manusia kagum dengan hasil kerjanya. Namun demikian, teknologi ini turut mengundang rasa gusar melibatkan ancaman pekerjaan yang sedia ada dan etika penggunaannya. 

Menurut Laporan Masa Depan Pekerjaan Forum Dunia 2023, AI akan memberi impak besar terhadap hampir semua pekerjaan.

Laporan ini melibatkan kajian yang dilakukan terhadap 803 syarikat dengan jumlah pekerja lebih 11.3 juta orang dalam 27 kluster industri dan 45 sektor ekonomi di serata pelosok dunia.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan lebih 75 peratus syarikat tersebut bersiap sedia untuk menggunakan teknologi AI dalam lima tahun mendatang. 

Suka atau tidak, masyarakat dunia hari ini harus sesuaikan cara hidup dengan kehadiran AI, yang akan memansuhkan beberapa pekerjaan tetapi turut mencipta pekerjaan baharu.

Sepertimana cara kerja kini yang telah banyak berubah dari manual kepada auto, AI akan perlahan-lahan mengukuhkan pasaknya dalam dunia yang sedang didominasi oleh era digitalisasi. 

Sekiranya dahulu ramai yang gusar dengan ledakan teknologi Internet, namun lama-kelamaan masyarakat seluruh dunia sikit demi sekdikit beradaptasi dengan penggunaannya.

Pandemik Covid-19 juga telah memaksa semua orang untuk memanfaatkan dunia digitalisasi hingga hampir meninggalkan orang-orang yang tidak dapat turut serta bersamanya.

Cabaran AI

Sekiranya manusia tidak mahu memanfaatkan perkembangan semasa, kelak mereka akan diubah oleh teknologi tersebut. Waima secanggih atau sebaik mana pun sesuatu teknologi, pengurusan dan penggunaanya harus dilakukan secara beretika dan berhati-hati. 

Di sebalik tabir AI, ada manusia yang mengawal kemasukan data dan pengaturacaraannya. Maka penyalahgunaannya boleh menimbulkan masalah etika, kebocoran maklumat sulit, penggunaan data peribadi secara tidak sah atau pengambilan keputusan yang bersifat diskriminasi.

Kebergantungan pada teknologi AI juga boleh membuatkan manusia terlalu bergantung pada teknologi tersebut sehingga mengabaikan kemampuan dan keterampilan manusia yang diperlukan dalam pelbagai bidang.

Ia semudah kalkulator menggantikan kemampuan manusia untuk mengira formula matematik mudah.

Justeru itu, penting untuk memastikan AI digunakan dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika di bawah kawalan manusia agar tidak menjadi ancaman.

AI adalah teknologi yang menjanjikan potensi besar untuk mengubah dunia, namun ia harus digunakan hanya untuk menyempurnakan kelangsungan kehidupan makhluk dan alam. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia