Cermin mata percuma untuk pelajar sekolah

Menurut Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abdul Latif, bantuan ini penting bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah rabun dan mengakibatkan mereka tercicir dalam pelajaran.

“Isu kerabunan ini boleh disalahtafsirkan sebagai ketidakupayaan intelektual dalam kalangan pelajar sekolah yang boleh menjadi satu sebab yang merencatkan perkembangan pembelajaran”.

“Salah tafsir ini boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar apabila mereka dilabel tidak pandai dan seumpamanya”, katanya.

Pada fasa pertama projek ini seramai 58 orang penerima terpilih telah diberikan bantuan merangkumi Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Johor Bahru Tengah.

Jelasnya lagi, i-Bantu akan cuba membantu sesiapa sahaja yang memerlukan seramai mungkin.

“Kami akan menaja sesiapa seberapa ramai lagi yang boleh untuk memastikan bukan sahaja mereka ini cerah mata tetapi juga cerah masa depannya”.

“Bantuan akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit”, tambahnya.

Pelancaran projek ini semalam turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Menara Optometry, Haji Mohd Zaremdeen Mohd zaman yang merupakan rakan kerjasama bagi projek ini.

i-Bantu juga mengalukan-alukan sumbangan daripada masyarakat umum untuk menyumbang dana supaya lebih ramai pelajar daripada keluarga yang memerlukan boleh mendapat bantuan cermin mata percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui atas talian www.i-bantu.org.my/reg.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia