Ceramah Dr Zakir Naik di Bukit Jalil 16 April ini

Program ini dianjurkan bersama oleh Islamic Research Foundation (IRF), Hidayah Centre Foundation (HCF), Multiracial Reverted Muslims (MRM), Pertubuhan Iqra’ Malaysia (PIM), Islamic Propagation Society International (IPSI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Malaysian Chinese Muslim Accociation (MACMA), Skuad Mubaligh Malaysia, Global UNITY Network dan Allied Coordinating Comittee of Islamic NGOs (ACCIN).

Sebagai salah satu acara dalam siri jelajah beliau ke Malaysia pada 9-20 April 2016, ceramah ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kumpulan Media Karangkraf, Islamic Events Malaysia, My Events International, Kumpulan Utusan Malaysia dan Peace TV.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India, Dr Zakir Naik yang pernah hadir dalam siri jelajahnya ke Malaysia pada tahun 2012 merupakan seorang doktor perubatan sebelum melibatkan diri sepenuh masa menjadi pendakwah pada tahun 1991. 

Mengasaskan IRF untuk menyebarkan dakwah, beliau seterusnya mengasaskan penubuhan Islamic International School di Mumbai (IIS) dan United Islamic Aid yang menyediakan biasiswa untuk remaja yang miskin dan serba kekurangan.

Turut menyebarkan dakwah melalui Peace TV, pidato Dr Zakir menjelaskan pandangan Islam dan membersihkan salah faham tentang Islam, menggunakan al-Quran, hadis sahih dan kitab-kitab agama lain sebagai asas dengan sebab, logik dan fakta saintifik ditambah dengan analisisnya yang kritikal dan jawapan yang meyakinkan kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton.

Dalam tempoh 20 tahun sehingga 2015, beliau telah menyampaikan lebih 2,000 ceramah umum di seluruh dunia. Ceramah beliau pada Mac 2012 di Kishanganj, Bihar, India mencatat sejarah apabila dihadiri lebih sejuta orang yang mana ia menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi mana-mana syarahan agama oleh seorang pemidato tunggal.

Dr Zakir Naik berada dalam ranking ke-82 dalam senarai ‘The 100 Most Powerful Indians’ oleh Indian Express pada 2009 and ke-89 pada 2010. Beliau turut berada di ranking ke-70 teratas dalam senarai ‘500 Most Influential Muslims in the World’ sejak tahun 2011 hingga kini.

“Anakku, apa yang telah kamu lakukan untuk empat tahun mengambil masa 40 tahun untukku menghabiskannya, Alhamdulillah, ” kata Syeikh Ahmad Deedat pada tahun 2000 semasa menyampaikan plak anugerah menghargai pencapaian beliau dalam dakwah dan kajian perbandingan agama serta turut menggelar Dr Zakir sebagai ‘Deedat Plus’.

Pada 2013, beliau menerima anugerah berprestij UAE, Islamic Personality 2013 dalam Dubai International Holy Quran Award dan juga dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013 kategori antarabangsa dalam Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan, menerima Sharjah Award for Voluntary Work pada 2014 di UAE dan turut menerima King Faisal International Prize oleh Raja Salman pada tahun lalu.

Semua dijemput hadir tidak mengira agama dan bangsa ke ceramah Dr Zakir Naik ini yang bermula jam 5.00 petang di mana kemasukan adalah percuma dengan mendaftar di http://www.islamicevents.my/event/404.

Ayuh! Jangan lepaskan peluang menambah ilmu bersama personaliti hebat ini secara percuma! Jom hadir dan ajak keluarga serta rakan-rakan bukan Islam yang anda kenali supaya mereka dapat menghayati keindahan Islam dan al-Quran serta menjadi sebab untuk mereka beroleh hidayah, insya-Allah.

Sumber biografi: http://www.irf.net/
#DrZakirNaikKL

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia