Remaja ramai bunuh diri?

Ramai tidak menyedari Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia jatuh pada tanggal 10 September setiap tahun.

 

Malahan, isu kesihatan mental yang mendorong kepada tindakan membunuh diri kurang diambil berat sehinggalah ia menjadi semakin serius dan dilakukan secara terangan bermula sejak pandemik Covid-19 melanda pada Mac tahun lepas. 

 

Terbaru, seorang peguam nekad terjun dari tingkat 22, Bangunan Wisma Sanyan di Sibu, Sarawak dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga. Lebih menggerunkan, statistik terkini menunjukkan golongan remaja lebih cenderung untuk membunuh diri berbanding lapisan usia yang lain. 

 

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, statistik Januari 2019 sehingga Mei 2021 menunjukkan julat umur tertinggi kes bunuh diri adalah antara 15 hingga 18 tahun iaitu sebanyak 872 kes daripada keseluruhan 1,708 kes yang dilaporkan. Ini adalah bersamaan 51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan. 

 

Bilangan kes bunuh diri bagi julat umur kedua tertinggi pula ialah 19 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 668 kes. Ini jelas menunjukkan fasa umur remaja di peringkat menengah atas adalah sangat cenderung untuk membunuh diri. 

 

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Jun 2021, bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di seluruh dunia. 

 

Dalam satu laporan jurnal yang dikongsikan oleh Bio-Med Central (BMC) Public Health, sebuah institusi berpangkalan di United Kingdom yang memberi akses artikel berkaitan kajian kesihatan, antara punca mengapa remaja cenderung untuk membunuh diri adalah disebabkan sering dibuli, tiada kawan dan terlibat dengan pergaduhan sebaya. 

 

Daripada kajian tersebut, remaja perempuan lebih cenderung membunuh diri berbanding remaja lelaki. Kajian ini telah melibatkan 397,229 remaja dari 118 buah negara dan diterbitkan pada Ogos 2020. 

 

Apa yang mendorong para remaja ini menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian? Antaranya ialah luahan hati mereka tidak didengari dan bahkan diperlekehkan. Ini selari dengan pernyataan daripada Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental Malaysia (MIASA), Puan Anita Abu Bakar pada tahun 2018.

 

Beliau menyebut, remaja yang cuba membunuh diri kebiasaannya akan menceritakan niat tersebut kepada rakan-rakan mereka ataupun di laman sosial. Namun, respons yang diterima biasanya tidak diendahkan ataupun dipersendakan kerana dianggap sebagai gurauan. 

 

Justeru, amat penting untuk segenap lapisan masyarakat mengambil serius krisis bunuh diri dalam kalangan remaja ini. Ini boleh dilakukan dengan bersikap lebih prihatin seperti pemerhatian simptom bunuh diri dalam kalangan mereka. 

 

Antara simptom bunuh diri yang dikenal pasti seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 17 September 2018 adalah:

  1. Perubahan tingkah laku seperti terlalu ceria atau suka mengasingkan diri.
  2. Sering meluahkan kekecewaan perasaan. 
  3. Hilang minat belajar. 
  4. Prestasi akademik semakin merosot. 
  5. Menyatakan hasrat ingin ke tempat jauh di media sosial. 
  6. Mudah marah. 
  7. Mula mendengar lagu yang mempunyai rentak dan lirik aneh. 
  8. Perubahan biologi seperti tiada selera makan, kesukaran tidur, makan atau tidur berlebihan.
  9. Tidak menjaga penampilan diri terutamanya tahap kebersihan dan paras rupa. 

 

Bersama kita sambut Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada kali ini dengan menyebarkan peri penting kesedaran ini kepada semua kenalan kita. Semoga dunia lebih sejahtera dan penuh ceria.

 

Muhannad Jamil
Perunding Takaful
Aktivis IKRAM Negeri Sembilan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia