Chit Chat Kesihatan Mental kembali!

SERI KEMBANGAN – Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, program Chit-Chat Kesihatan Mental (CCKM 2021) akan berlangsung di platform Zoom pada 30 dan 31 Oktober ini.

 

Dalam program ini, para peserta bakal mendengar kupasan dan perbincangan ilmu mengenai topik-topik kesihatan mental bersama ahli panel yang terdiri daripada pakar yang berkaliber dan tetamu jemputan khas yang cukup istimewa.

 

Pada Sabtu, 30 Oktober, terdapat empat topik yang akan dibincangkan bersama beberapa pakar dan tetamu jemputan iaitu:

 

1. Berkongsi kisah sebagai Pejuang Masalah Mental: Mencari Perhatian – Dr Ahmad Rostam Md Zin dan Karl Shafek

2. Kesukarelawanan: Terapi atau Beban? – En. Akif Basri dan Fatiha Shuib

3. Mitos Agama dalam Kesihatan Mental – Dr Zul Azlin Razali dan Ustaz Fakhrul Islam

4. Peranan Pejuang dalam Usaha Advokasi Kesihatan Mental – Dr Rozanizam Zakaria dan Shruthi Jayashankar

 

Pada Ahad, 31 Oktober pula, dua topik bakal dikupas oleh dua pakar iaitu Psychological First Aid oleh Dr Pau Kee dan Pseudopsikologi dan Masalah Kesihatan Mental oleh Dr Alizi Alias.

 

Mereka yang mendaftar akan dikenakan yuran sebanyak RM37 (Awam), RM17 (Pelajar), RM29 (Rakan Kerjasama) dan RM89 (Staf KKM) bagi kategori individu. Bagi kategori berkumpulan pula, yuran yang dikenakan ialah RM100 (Awam), RM45 (Pelajar) dan RM237 (Staf KKM).

 

Pendaftaran CCKM 2021 dibuka dari 16 September hingga 28 Oktober 2021 di pautan https://mecare.my/daftar-cckm2021/. Peserta akan mendapat e-mel pengesahan pendaftaran selewat-lewatnya tujuh hari selepas tarikh mendaftar.

 

Selain itu, diskaun 5 peratus ditawarkan kepada para peserta yang telah mendaftar CCKM 2021 jika membeli kemeja-T eksklusif sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021. Belian boleh dibuat di pautan https://bit.ly/teeHKMS21.

 

Sebarang pertanyaan mengenai CCKM 2021, sila hubungi Ilya (http://wasap.my/60136956823/nak+tanya+CCKM2021) dan Yasmin (http://wasap.my/60189874826/nak+tanya+CCKM2021).

 

CCKM 2021 merupakan program bersama Malaysia Mental Care Association (MeCare), Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), Depression Survivors Malaysia, Medical Mythbusters Malaysia, The Patriots, Secretariat of Psychology (PSYCSTA) IIUM, SAYA, Rahmah Support Team, Kelab Pengurusan Kaunseling UMT, LAMAN MINDA dan Public Health Malaysia.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia