
Misi banjir pantai timur 2 2015
Pada 3-4 Januari 2015, i-Bantu Melaka telah menghantar seramai 75 orang ke Kemaman, Trengganu untuk membantu mangsa banjir dan menghantar sumbangan rakyat Melaka. Kami telah bertolak ke Kemaman pada pukul 10.00 malam Sabtu dengan menggunakan 2 buah bas. Kami tiba di destinasi kami di SM Al Amin, Kemaman pada pukul 8.30 pagi. Kami diberi taklimat tentang banjir di daerah Kemaman dan tentang operasi pembersihan yang akan dilakukan.