
Konvoi Aqsa2Gaza2: Mawaddah sumbang lebih RM170,000
KAJANG – Aqsa Syarif Berhad (AQSA) telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH) di ibu pejabat, pada jam 11 pagi pada Selasa 16 Ogos yang lalu. MAWADDAH diwakili oleh Pengerusinya, Ustazah Maznah Daud dan diiringi oleh empat wakil pertubuhan.