Catatan Pasca Forum RUU 355: Malaysia Perlukan Reformasi Sistem Keadilan

Kesediaan ahli panel daripada pelbagai latar belakang untuk duduk sepentas berbincang secara ilmiah dan terbuka adalah suatu kejayaan, pada ketika kebanyakan pihak lebih gemar berhujah secara unilateral (sebelah pihak) melalui media sosial dan kenyataan-kenyataan media. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan forum ini. Rakaman penuh forum ini dapat ditonton pada pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=vl_sWNYi2Po

Berikut merupakan noktah dan catatan moderator pasca forum tersebut:

1. Ramai bersetuju bahawa terdapat ketempangan yang ketara dalam sistem keadilan negara pada masa ini. Ketempangan sistem keadilan negara ini terbukti apabila rakyat semakin kurang keyakinan akan memperolehi keadilan melalui sistem keadilan negara yang sedia ada.

2. Terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan bagi menambah baik dan mengislah sistem keadilan negara. Antaranya adalah undang-undang termasuk hukuman yang tidak berkesan bagi mendidik dan menggerunkan penjenayah, hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, prosedur pembuktian yang masih lemah serta kekurangan elemen rahmah dan ihsan dalam perundangan dan banyak lagi termasuklah ketidakharmonian yang wujud antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

3. Bagi umat Islam, sistem keadilan Islam adalah sistem keadilan yang terbaik bagi mengurus kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, bagi mencapai kesejahteraan negara dan dunia, sistem-sistem Islam lain hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh bersama-sama dengan sistem keadilan. Ini termasuklah sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem sosial dan lain-lain lagi. Sistem keadilan hanya dapat berperanan secara efektif apabila ia dilaksanakan bersama-sama sistem-sistem lain.

4. Bagi IKRAM, kita rumuskan perkara ini dalam 12 ciri Negara Rahmah seperti yang terdapat dalam Visi IKRAM, “Malaysia Menjadi Negara Rahmah”:

  • Kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti
  • Sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan
  • Tadbir urus yang baik
  • Undang-undang yang adil
  • Masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang
  • Institusi keluarga yang utuh
  • Hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni
  • Ekonomi yang mampan
  • Agihan kekayaan yang saksama
  • Pembangunan yang lestari
  • Kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yang terpelihara
  • Menerajui usaha-usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

Huraian lengkap tentang perkara ini oleh Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM, boleh dibaca pada pautan berikut: http://pti.ikram.org.my/2015/berita/25-ucapan-dasar-memacu-perubahan-malaysia-rahmah-berasaskan-maqasid-syariah

5. Usaha bagi mengislahkan sistem keadilan negara memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan holistik. Perbincangan dan perundingan dengan semua pihak hendaklah dilakukan bagi mencapai maksud tersebut. Pakar-pakar dalam bidang perlembagaan, syariah dan undang-undang sivil hendaklah dilibatkan dalam proses ini.

Wakil-wakil semua agama dan kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak hendaklah diwakili dalam perbincangan dan perundingan ini. Semua ini hendaklah dilakukan dalam semangat dan ruang ringkup perlembagaan negara dan demokrasi, sistem yang negara kita dokongi pada masa ini.

6. Usaha kerajaan bagi menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah serta pelbagai jawatankuasa dan majlis perundingan  adalah usaha yang baik namun institusi-institusi ini harus diperkasakan dengan pihak kerjaan sendiri menghormati pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang dihasilkan. Parlimen juga boleh menubuhkan jawatankuasa di peringkat Parlimen untuk membincangkan dan mencadangkan cara terbaik bagi melakukan pengislahan kepada sistem keadilan negara.

7. Sebagai penutup, saya ingin memetik analogi yang dinukilkan oleh wakil IKRAM dalam forum tersebut, Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee bahawa usaha meminda Akta 355 ini adalah ibarat satu usaha bagi mendapatkan lesen bagi membina lebuhraya lima lorong (dikiaskan kepada lima Maqasid Syariah).

Meskipun lebuhraya ini akan membantu melancarkan perjalanan, namun proses dalam memperolehi lesen serta proses bagi membina lebuhraya ini hendaklah mengikut prosedur yang betul seperti perundingan dengan pemilik tanah, membayar pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah yang diambil, menyediakan stesen minyak dan R&R yang lengkap dan sebagainya, bukan hanya semata-mata mengutip tol atau mendenda mereka yang melanggar peraturan lebuhraya.

Moga kita diberi taufik dan hidayah serta kekuatan untuk  sama-sama membina negara Malaysia yang lebih baik.

Hj Nahar Md Nor
Moderator Forum RUU 355
Merangkap Setiausaha Agung IKRAM
15 Ogos 2016

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia