Catat Sejarah, Hampir 1,000 Jayakan 3R Mega

PUTRAJAYA – IKRAMTeens mencatat sejarah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadan (3R) Mega yang terbesar setakat ini dengan penyertaan hampir 1,000 orang pada Sabtu, 16 Mac lalu bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Menurut Pengarah 3R Mega, Nur Izzah Fakharuldin, program ini melibatkan para peserta remaja yang berusia antara 12 hingga 16 tahun, termasuk ibu bapa peserta dan keluarga, fasilitator serta ahli kariah masjid.

“3R Mega julung kalinya diadakan pada skala besar melibatkan para peserta remaja dari seluruh Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pahang, Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata beliau.

Tambahnya, program 3R Mega bertujuan melatih para peserta sifat kepimpinan, pemikiran kritis dan kritikal serta mencungkil bakat pemikiran strategi melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

“Program ini juga bertujuan mendekatkan diri para remaja kepada masjid dan bulan Ramadan, serta memecahkan stigma masyarakat bahawa masjid hanya tempat untuk bersolat semata-mata, sedangkan masjid merupakan sebuah kompleks yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai lagi aktiviti pembangunan umat Islam terutama yang melibatkan para remaja dan belia,” jelas Nur Izzah.

Program 3R Mega telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Muhamad Razak Idris, yang disaksikan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin.

Turut bersama dalam perasmian ini Setiausaha Agung IKRAM Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Bendahari Hj Ismail Yusoff Awang, Ketua IKRAM Muda, Khairul Anuar Kamaruddin, serta Ahli JKP Hj Roslan Mohamad (Pendidikan Masyarakat), Ahmad Ammar Ahmad Termizi, (Hal Ehwal Mahasiswa) dan Ketua IKRAMTeens Pusat, Mohd Taufik Aziz.

Program ini telah dilaksana bertemakan Ramadan dengan cara yang interaktif. Antara aktiviti yang telah berlangsung sewaktu program adalah ice breaking, aktiviti dalam kumpulan dan Explorace.

Dalam 3R Mega ini juga, para peserta turut mengerjakan solat zohor, asar, maghrib dan tarawih secara berjemaah serta menghadiri sesi tadarus al-Quran yang telah ditetapkan satu juzuk setiap kumpulan.

Dalam pada itu, program ini telah melibatkan 60 orang fasilitator daripada belia IKRAM, Belia Harmoni dan juga buat pertama kali, bekas peserta Program Dua Tahun Cemerlang (PRODUCE) berusia 16 dan 17 tahun yang berpotensi diketengahkan.

Pada akhir program pula, sesi “Menuai Kasih, Menyemai Sayang” telah diadakan khas bagi para ibu bapa para peserta yang hadir. Lebih 40 buah keluarga hadir melibatkan hampir 200 orang ahli keluarga turut bersama dalam sesi ini.

Sesi bersama ibu bapa ini telah dikendalikan Nur Izzah, Khairul Anuar dan Taufik bertujuan untuk berinteraksi dengan para ibu bapa tentang kepentingan pembangunan sahsiah remaja, mempromosikan IKRAM dan IKRAMTeens serta membuat rumusan program.

Hasil daripada sesi ini, para ibu bapa lebih mengenali IKRAM dan IKRAMTeens, serta ada yang menyatakan hasrat untuk menjadi ahli IKRAM dan IKRAMTeens.

Para peserta dan ibu bapa turut menyatakan rasa gembira dan puas hati mereka kerana diberikan peluang untuk hadir ke program 3R Mega.

Menurut salah seorang ibu pelajar, Puan Kartika Mohammad, beliau menyatakan rasa syukur dan berpuas hati kerana anaknya berpeluang untuk menyertai program 3R Mega. Katanya, anak lelakinya yang berusia 13 tahun itu setiap hari mengingatkannya untuk menghantarnya ke program 3R Mega 2024 ini.

Maklum balas positif kepada para fasilitator dan aktiviti program juga turut dizahirkan oleh para peserta melalui kiriman-kiriman di media sosial Instagram dan TikTok.

Tahniah IKRAMTeens, sebuah agensi pembangunan remaja di bawah IKRAM Muda atas penganjuran 3R Mega yang bersejarah ini.

Lagi foto 3R Mega, klik di sini:

https://www.facebook.com/share/p/fnGGr5MyYYmrRZtv/?mibextid=oFDknk

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia