Malaysia capai 90 peratus vaksinasi

SERI KEMBANGAN – Negara telah mencapai 90 peratus populasi dewasa yang lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

 

Menerusi laman sesawang Covid Now yang dikemas kini jam 11.59 malam Ahad, peratusan itu meliputi 21,073,482 individu dewasa.

 

Manakala seramai 1,112,038 atau 4.8 populasi dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 1,224,080 atau 5.2 peratus populasi dewasa tiada vaksinasi.

 

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat 65.2 peratus populasi penduduknya yang telah lengkap dos suntikan manakala 74.9 peratus mendapat satu dos vaksin.

 

Negeri Sabah adalah satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus iaitu hanya 65.1 peratus.

 

Ia bersamaan dengan 1,796,807 individu dewasa yang telah lengkap dos suntikan dan 227,837 atau 8.3 peratus mendapat satu dos suntikan.

 

Selain itu, seramai 1,108,520 individu pula atau 40.2 peratus tidak divaksinkan. Jumlah populasi dewasa telah lengkap dos suntikan di Kelantan adalah 909,909 orang atau 73.6 peratus.

 

Kedah dan Perak masing-masing hampir mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap dos suntikan iaitu 79.5 dan 79.8 peratus. Negeri-negeri lain merekodkan kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melebihi 80 peratus.

 

Bagi PICK-Remaja, 231,714 individu atau 7.4 peratus telah lengkap dos suntikan dan seramai 2,040,144 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 64.8 peratus belum lengkap dos suntikan dan 875,642 atau 27.8 peratus tiada vaksinasi.

 

Dalam pada itu, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 44.3 juta kes. Ini diikuti India dengan lebih 33.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

 

United Kingdom kini catat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes. Manakala Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

 

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes. Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes dan Thailand dengan 1.7 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 124,000 kes.

 

Berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 237.7 juta.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia