Cabaran rezeki musim COVID-19

Saya amat bersimpati. Tidak kurang juga cabaran manusia di luar negara selain cabaran COVID-19 juga terpaksa berdepan dengan cuaca buruk seperti di Syria dan Palestin.

 

Golongan yang terkesan teruk

 

Golongan yang menerima bantuan termasuk mereka yang diberhentikan kerja, peniaga hilang punca pendapatan dan juga wanita dalam kalangan ibu tunggal, fakir miskin serta anak yatim.

 

Sebelum PKP, mereka mempunyai punca pendapatan walaupun hanya cukup makan, tetapi apabila sejak 18 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang sudah gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ada yang mengadu diberhentikan kerja oleh majikan dan golongan ini perlukan bantuan untuk bangkit semula untuk meneruskan hidup.

 

Letakkan kebergantungan rezeki kita kepada Tuhan

 

Ramai yang telah dibuang kerja sekarang, majikan sudah tidak dapat mempertahankan syarikat atau mengurangkan kos yang sudah tidak dapat ditampung.

 

Pasangan yang bekerja pasti akan menghadapi kesukaran jika kedua-dua mereka diberhentikan kerja, ramai yang datang mendapatkan kaunseling menyatakan kerisauan yang tinggi kesan daripada tidak ada punca rezeki disebabkan dibuang kerja, bimbang dengan urusan untuk memenuhi keperluan keluarga dan tuntutan sara hidup yang tinggi sekarang ini.

 

Bagi klien yang Muslim, saya berpesan amalkan zikir al-Baari untuk memudahkan urusan kehidupan dan rezeki, bacalah zikir ini seawal pagi atau sesudah subuh sebelum memulakan kehidupan seharian. Insya-Allah pertolongan Allah SWT pasti ada, selain melakukan amalan kerohanian lain seperti memperbanyakkan solat hajat.

 

Ramai yang terjejas di luar sana dibuang kerja memilih punca rezeki dengan berniaga. Sembilan daripada 10 hasil sumber rezeki datangnya daripada perniagaan.

 

Pada saat rakyat Malaysia bergelut dengan hidup berikutan pandemik COVID-19, diperhatikan ramai golongan yang dibuang kerja berubah arah mencari rezeki dengan berniaga dan dengan izin-Nya berjaya dan ada setengahnya mendapat pendapatan lebih daripada perniagaan tersebut.  

 

Kreatif mempelbagaikan usaha dalam mencari rezeki

 

Penularan pandemik COVID-19 menjejaskan pendapatan banyak pihak. Saya amat tertarik akan kisah dan ingin kongsikan kepada semua bagaimana kreatif seorang pengusaha burung mengatasi cabaran dengan mencari ‘jalan keluar’ bagi memastikan perniagaannya terus terselamat dan tidak menanggung kerugian.

 

Encik Abdul Khairan Firdaus Abdul Rahim berkata, beliau mengambil keputusan menghasilkan produk serunding berasaskan haiwan ternakan itu berikutan jualan telur puyuh merudum akibat COVID-19.

 

Ternakan burung puyuh miliknya di Kampung Tirok Gual Ipoh, Tanah Merah yang kini berjumlah 3,000 dapat menghasilkan sebanyak 15,000 telur sehari untuk pasaran tempatan sebelum pendamik COVID-19.

 

Beliau yang mengusahakan ternakan burung puyuh sejak 2015 berkata, kini secara purata sebanyak 500 kilogram serunding puyuh seminggu dapat dihasilkan dan mampu meraih hasil jualan mencecah kira-kira RM40,000 sebulan.

 

Beliau turut mendapat bimbingan keusahawanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Tanah Merah memasarkan serunding tersebut secara runcit dan borong di pasaran tempatan dan berhasrat mengembangkan jualan ke luar negara.

 

Beliau turut memasarkannya secara dalam talian (online) dan menggunakan ejen jualan yang kini ada seramai 64 orang seluruh negara termasuk ejen di Singapura.

 

Selain itu, ada juga dilaporkan dua orang pramugara yang diberhentikan daripada syarikat penerbangan telah berniaga dengan membuka spa dan alhamdulillah, berjaya pula meraih pendapatan dari rumah yang lumayan.

 

Amalkan tabiat perkongsian rezeki

 

Satu usaha yang amat dipuji kepada mana-mana pihak sama ada daripada pertubuhan dan individu yang telah turun padang membantu masyarakat dan barisan hadapan (frontliners) di luar sana.

 

Pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan seperti edaran kit makanan, bantuan wang ringgit, pemulihan rumah yang rosak seperti yang dilakukan oleh pihak IKRAM melalui i-Bantu.

 

Selain, itu usaha Pertubuhan Kebajikan iReach Kasih Sabah mengambil inisiatif melaksana kutipan dana bagi memulakan iReach Kasih Food Bank di negeri ini bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat terutama sekarang di Sabah yang merupakan antara negeri yang terjejas teruk sejak sebulan lalu.

 

Kesimpulan

 

Hidup perlu diteruskan. Hidup perlu makan dan pakai. Jangan putus asa, usaha dan usaha. Lihatlah cabaran hidup dengan positif, yakin rezeki Tuhan ada di mana-mana. Setiap yang menimpa kita oleh Tuhan pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.

 

Bagi golongan yang tidak terjejas punca rezeki semasa pandemik, bantulah rakan dan golongan masyarakat yang terjejas punca rezekinya di luar sana. Yakinlah, rezeki kita tidak akan berkurangan, malah, Tuhan akan melipatgandakannya lagi selain kita beramal untuk mencari pahala untuk jaminan kehidupan hakiki dan kekal di akhirat sana.

 

Kepada golongan yang terjejas, dapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda menangani masalah psikologi semasa tempoh berdepan dengan cabaran rezeki dalam kehidupan anda. Sebarang aduan krisis masyarakat, sila hubungi talian kasih 15999 yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan bantuan.

 

Dr Samsiah Jayos
Pensyarah Kaunseling UNIMAS dan Kaunselor Berlesen
Ahli IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia