Cabaran kesihatan mental keluarga era pandemik

Skor keseluruhan Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) 2019 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan peningkatan 0.39 mata iaitu 7.72 berbanding 7.33 pada tahun 2016 dan masih kekal pada tahap sederhana.

 

Tahap yang sama turut dihasilkan dalam Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2021 oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah dijalankan dari bulan April hingga Jun 2021 melibatkan 3,277 responden yang menunjukkan ciri Institusi Keluarga yang Utuh mendapat skor 7.38.

 

Dalam pada itu, tinjauan pendapat terhadap 1,148 orang ibu bapa yang dilaksanakan secara dalam talian oleh LPPKN pada Mac 2021 mendapati sebanyak 49.4 peratus responden menyatakan bahawa kehidupan mereka hampir kembali kepada normal sebelum pelaksanaan PKP 2.0.

 

Walau bagaimanapun, daripada tinjauan itu, sebanyak 79.9 peratus responden mengakui bahawa gelombang ketiga pandemik Covid-19 telah menjejaskan kehidupan mereka.

 

Bahkan 84.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengalami tekanan emosi atau stres (cemas, gugup dan gelisah). Di samping itu, 63.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan akibat tertekan atau stres.

 

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, setakat 19 September lalu, sebanyak 223,990 panggilan diterima menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial, dengan 80.8 peratus pemanggil memerlukan sokongan emosi serta kaunseling.

 

Panggilan itu meliputi isu berkaitan kehilangan pekerjaan, tiada sumber pendapatan, konflik keluarga dan masalah hubungan interpersonal.

 

Jelas di sini bahawa pandemik Covid-19 memberikan impak kesihatan mental yang amat besar kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. 

 

Salah satu ciri keluarga yang utuh adalah mereka mampu menguruskan tekanan dan krisis dengan berkesan. Justeru, komunikasi sesama ahli keluarga memainkan peranan penting agar tekanan yang dialami cepat dikesan dan diatasi bersama.

 

Jika dirasakan tidak mampu mengurus emosi, setiap ahli keluarga perlu berkongsi masalah yang menjadi kebimbangan atau tekanan kepadanya atau terus memohon bantuan kepada ahli keluarga yang lain.

 

Oleh itu, sikap peka dan prihatin sesama ahli keluarga amat diperlukan supaya mereka boleh mendengar dengan baik, mengenal pasti masalah yang dialami serta bentuk bantuan, sokongan dan penyelesaian yang diperlukan.

 

Jika ahli-ahli keluarga tidak dapat menyelesaikannya, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling atau menghubungi talian-talian bantuan sokongan yang disediakan oleh kerajaan dan NGO antaranya:

  1. Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999
  2. Talian Sokongan Psikososial Covid-19 (KKM & Mercy Malaysia)
    • 03-29359935 atau 014-3223392
    • 011-63996482 atau 011-63994236
  1. KSK-Care JAKIM – Whatsapp 0111-9598214
  2. Befrienders Kuala Lumpur 03-76272929

 

Bagi mengekalkan kesejahteraan mental dan fizikal, ahli-ahli keluarga juga perlu kekal berhubung sesama mereka dan kenalan lain, sentiasa meningkatkan kecergasan diri, bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan, mempelajari ilmu dan kemahiran, dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

 

Kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini bahawa KKM menyediakan peruntukan khas yang disalurkan kepada NGO yang dikenal pasti aktif bergiat dalam aktiviti kesihatan mental di peringkat komuniti amatlah dialu-alukan.

 

Ini boleh mempercepatkan lagi pemulihan kesihatan mental di peringkat komuniti dan seterusnya keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia