Kes turun kepada 8,112 pada Ahad

SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,112 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 4,325,818.

 

Ini merupakan pertama kali kes harian di bawah paras 10,000 sejak negara mencatatkan angka tertinggi, 32,800 kes pada 11 Mac lalu.

 

Kali terakhir kes harian di bawah paras 10,000 adalah pada 5 Februari lalu iaitu 9,117 kes.

 

Sehingga kini, kes aktif berjumlah 145,799, turun 33.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

 

Manakala, kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut: Selangor (4,299), Kuala Lumpur (708), Negeri Sembilan (490), Perak (465), Johor (404), Pulau Pinang (355), Kedah (257), Melaka (225), Sarawak (224), Terengganu (211), Pahang (193), Sabah (124), Kelantan (98), Perlis (26), Labuan (22), Putrajaya (11).

 

Dalam pada itu, sebanyak 12 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana empat daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital (BID).

 

Sepanjang minggu lalu, purata 27.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 55, menunjukkan bahawa kes kematian berada dalam aliran menurun.

 

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sejumlah 35,292 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

 

Terdapat 309 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

 

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Sarawak (5) diikuti Perak (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Selangor (1), dan Kuala Lumpur (1).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia