IKRAM semarakkan Kempen Bulan Kebangsaan

SERI KEMBANGAN – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Sinar Harian melancarkan Kempen Bulan Kebangsaan 2021.

 

Kempen yang bermula pada 15 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 telah disempurnakan pelancarannya pada Sabtu lalu oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad secara maya.

 

Katanya, IKRAM akan memanfaatkan Kempen Bulan Kebangsaan ini dengan memperkenalkan naratif agenda nasional dan skop pendidikan masyarakat yang fokus kepada tema perpaduan nasional.

 

“Agenda nasional ini akan memperkenalkan Malaysia menjadi sebuah Negara Rahmah Mithali pada 2023 mengikut acuan 12 cirinya,” jelas beliau.

 

Dr Parid menambah, agenda tumpu Rancangan IKRAM (RI 2025) ialah membina kepimpinan berwibawa, masyarakat progresif, perpaduan nasional, kemakmuran ekonomi dan institusi kenegaraan yang utuh.

 

Dengan tanda pagar #MerdekaBersama, pelancaran kempen ini turut diserikan dengan Kuiz Live berserta hadiah wang tunai terkumpul sehingga lebih RM200. Kuiz ini juga akan berlangsung beberapa kali sepanjang Kempen Bulan Kebangsaan.

 

Menurut Pengarah Kempen, Prof. Dr Mustafa Din Subari, pelbagai acara menarik bakal berlangsung sepanjang kempen ini antaranya penghasilan video-video bertemakan perpaduan nasional, pertandingan bercerita kanak-kanak, ‘online gaming’ untuk remaja, poster digital, Bicara Bina Negara dan juga penulisan artikel-artikel.

 

“Dan yang sangat menarik bagi saya adalah pertandingan kreatif bagaimana kita menyantuni jiran ataupun rakan kita yang berlainan bangsa atau agama (Projek #MerdekaBersama),” kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM yang mengetuai Unit Kajian Dasar dan Pembangunan Solusi.

 

Jelasnya, bersempena dengan sambutan ini, IKRAM mengambil peluang untuk mendidik dan menyampaikan kepada masyarakat umum tentang hasrat dan impian untuk sama-sama menjadi Malaysia sebuah Negara Rahmah Mithali.

 

“Antara mesej utama yang hendak kita tekankan dalam Kempen Bulan Kebangsaan ini ialah kepentingan isu perpaduan nasional.”

 

Tambahnya, antara objektif kempen ini ialah untuk menunjukkan kepada masyarakat Malaysia bahawa IKRAM sentiasa bersama secara aktif membina negara Malaysia baharu.

 

“Kita hendak menyebarluaskan impian kita, mesej dan naratif kita membina negara Malaysia yang baharu ini khususnya dalam isu perpaduan nasional.”

 

Selain itu, kempen ini memfokuskan program pendidikan kepada tiga segmen masyarakat tumpu iaitu segmen orang muda, segmen masyarakat miskin bandar dan segmen masyarakat luar bandar.

 

Kata Mustafa Din lagi, ada beberapa konsep dalam Kempen Bulan Kebangsaan ini antaranya penekanan bahawa kemerdekaan ini milik semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan dan status ekonomi.

 

“Kita hendak sambutan ini melibatkan seluruh lapisan masyarakat Malaysia, yang tua, yang muda, yang duduk di bandar, di luar bandar.”

 

Ujarnya, program-program sambutan ini diharapkan boleh menyentuh bukan sahaja akal fikiran dan ilmu, tetapi yang lebih penting ialah menyentuh jiwa, roh insan itu.

 

“Kita hendak seluruh komponen IKRAM dan masyarakat keseluruhannya terlibat dalam sambutan ini.”

 

Untuk info lanjut Kempen Bulan Kebangsaan 2021, sila layari laman Facebook rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia di pautan https://fb.com/ikram.malaysia/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia