Buku Dakwah Di Jepun Terbitan HCF Dilancarkan

KUALA LUMPUR – Buku ‘Islam, Muslims and Mosques in Contemporary Japanese Society: A Da’wah Perspective’ terbitan Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dilancarkan pada Khamis, 15 September lalu.

Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Hj Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos bersama-sama Ketua Jabatan Usul Al-Din dan Perbandingan Agama UIAM, Prof. Madya Dr Amilah [email protected] Rahman serta penulis buku, Dr Abdul Rahman Siddiqi.

Menurut Muhammad Fakharuddin, buku tersebut dihasilkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman 25 tahun dakwah penulis di Jepun.

“Dr Abdul Rahman Siddiqi merupakan salah seorang aktivis dakwah yang telah lama berkhidmat di Jepun dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi International Muslim Center Japan (IMCJ),” menurut HCF.

Telah menetap 50 tahun di Jepun, beliau juga merupakan seorang pemimpin Muslim yang amat disegani di negara matahari terbit itu dengan kebolehan menyampaikan dakwah dalam pelbagai bahasa, antaranya Urdu, Hindi, Bengali, Parsi, Arab, Inggeris dan Jepun.  

Bagi yang ingin mendapatkan buku ini, sila layari pautan https://bit.ly/HCFShoppe

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia