Briged sukarelawan sedia menyumbang khidmat

Bertempat di Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, pelancaran ini dihadiri kira-kira 65 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang antaranya IKRAM Siswa UTM, IKRAM Siswa UTHM, Iman ELC, IKRAM Pontian, IKRAM Bandaraya Johor Bahru, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan beberapa wakil daerah lain. 

Menurut Pengerusi MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, briged ini berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat di mana anggota Briged akan diberikan latihan kesukarelawanan selain berpeluang untuk pergi ke kawasan kemusnahan untuk menyampaikan bantuan.

Anggota Briged juga akan mengikuti modul-modul yang telah disusun oleh pihak MyCARE Pusat secara berperingkat bagi menambahkan kefahaman dan mempersiapkan diri menjadi seorang sukarelawan yang bergerak aktif dan melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi.

    

Ucapan Dr Mohd Zin dan perkongsian Dr Hysham

Dalam pelancaran tersebut, para hadirin berpeluang mendengar pengalaman daripada Dr Hysham Rasidi, iaitu seorang aktivis dan Ketua Community Engagement Project di bawah TNC Pembangunan UTM yang berpengalaman dalam kerja sukarelawan di Indonesia, kawasan Felda dan juga terlibat dalam misi banjir di Pantai Timur.

Sukarelawan turut didedahkan dengan peranan pihak MyCARE daripada sudut kempen kesedaran, kesukarelawanan, serta pengalaman ketika misi bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin, Syria, Iraq, Rohingya, Nepal dan kawasan-kawasan lain yang dilanda bencana.

Sumber: http://goo.gl/uPr5CJ
Album pelancaran: https://goo.gl/D9B6t1

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia