Breakfast Bersama Gelandangan: Program unik 5 dalam 1

Program menyantuni kira-kira 100 orang gelandangan ini pada Ahad 23 Oktober lalu dianjurkan oleh Jawatankuasa Belia IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM), The Duke Barbershop, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) Selangor dan Gabungan Petaling Jaya Belia For Fun (PJBFF).

Semasa bersarapan pagi, para gelandangan dihidangkan dengan nasi lemak, ayam goreng, teh O panas, buah pisang serta oren dan dua jenis kuih. Mereka turut bersenam areobik bersama Sdr Faizal Baharudin.

Tambah menceriakan, seramai lima orang tukang gunting The Duke Barbershop memberikan khidmat percuma menggunting rambut kira-kira 30 gelandangan di samping 10 orang doktor dan pelajar perubatan daripada IMAM melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mereka.

    

Aktiviti senam aerobik, sarapan pagi dan gunting rambut bersama gelandangan

Beberapa orang sukarelawan GEMA Selangor pula turut menyediakan sejumlah pakaian-pakaian percuma untuk para gelandangan di mana kemeja-T, seluar jeans, baju kurung, beg dan kasut menjadi pilihan kebanyakan mereka.

Menurut Pengarah program, Cik Azza Ismail, melalui program yang melibatkan 22 aktivis dan sukarelawan ini, para gelandangan ternyata gembira kerana ada yang mengambil peduli keadaan mereka.

“Mereka suka sebab sebelum ini tiada program untuk waktu pagi. Jarang-jarang mereka dapat pemeriksaan kesihatan percuma, exercise dan gunting rambut,” kata beliau.

  

Pemeriksaan kesihatan dan pemilihan pakaian percuma, Free Market

Para gelandangan ini terdiri daripada pelbagai bangsa,agama, umur dan latar belakang. Sepanjang program, mereka turut berkongsi kisah-kisah kehidupan mereka hingga menjadi gelandangan.

Tambah beliau, para aktivis dan sukarelawan melahirkan rasa gembira untuk menyantuni dan berkhidmat percuma golongan yang kesusahan.

“Ramai anak muda yang ingin menjadi sukarelawan untuk menyumbang kepakaran mereka dalam bidang masing-masing seperti gunting rambut, pemeriksaan perubatan dan sebagainya,” jelas Azza.

Katanya lagi, pihaknya turut merancang untuk mengadakan program ‘Kayuhan Menjejak Gelandangan’ dengan kerjasama pelbagai pihak yang berminat menyantuni golongan ini.

Para aktivis dan sukarelawan anak muda Breakfast Bersama Gelandangan

Turut hadir dalam program anak muda ini adalah Yang Dipertua IKRAM Petaling Jaya, Hj Mohd Hasyahril Mohd Hashim dan beliau mengucapkan tahniah kepada para aktivis dan sukarelawan belia serta semua penyumbang yang telah membantu menjayakan usaha murni ini.

Moga program-program anak muda bersama masyarakat dan menyantuni mereka yang memerlukan ini lebih giat dijalankan pada masa hadapan supaya golongan seperti ini dibela dan diberi perhatian sewajarnya, insya-Allah.

Foto program: http://bit.ly/2dZbpOZ

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia