Bina budaya kerja mesra keluarga

Seminar anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini turut menjelaskan dasar dan bantuan yang telah disediakan kerajaan untuk menggalakkan majikan membina budaya kerja yang mesra keluarga.

“Sebagai NGO yang prihatin dengan isu-isu masyarakat, kita selalu menerima aduan-aduan tekanan daripada pasangan muda yang menerima bebanan pekerjaan.

“Semua orang akan menyebut tentang keseimbangan keluarga dan kerjaya tetapi sebelum itu kita perlu tahu keseimbangan seperti apa yang diperlukan,” kata Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dalam sidang media seminar.

Menurutnya, dalam keadaan warga pekerja yang mempunyai perbezaan keperluan kerana faktor perbezaan umur, beliau berpendapat ia boleh digunakan untuk manfaat pekerjaan.

“Keperluan orang muda lain, orang lanjut usia pun lain, jadi kita patut gunakan perbezaan itu untuk menyusun tiap kerja kita”.

“Begitu juga jika majikan mempunyai pekerja dari golongan lelaki dan wanita. Jika mereka mempunyai pekerja wanita sahaja, ia tak akan seimbang tambahan pula jika kebanyakannya cuti bersalin”, tambahnya.

Che Asmah yang turut menyampaikan ucaptama seminar turut menyarankan agar skim-skim bekerja separuh masa diwujudkan agar susunan kerja yang berkesan dapat dijalankan.

“Jangan kita ulangi kesilapan-kesilapan negara membangun dalam hal ini”.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengerusi LPPKN, Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di sini pada 13 Mei lalu dengan kehadiran lebih 300 peserta.

Pelbagai input bermanfaat dan tip berguna dikongsikan berkaitan keseimbangan hidup berkeluarga dan berkerjaya oleh para panelis seminar antaranya Tn Haji Ali Hassan Mohd Hassan sebagai Pengarah Urusan aL-ikhsaN Sports Sdn. Bhd), Puan Rafidah Jumal selaku Pengurus Besar Kewangan Eksplorasi Serantau (Asia/Australia), Shell (M) Ltd dan Puan Loh Yit Phing dari Young Buddhist Association Of Malaysia.

Turut bersama berkongsi pengalaman adalah Encik Ratakrishnan Thangalaiah dari Pemuda Hindu Sangam, Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail selaku Ketua Pengarah LPPKN, Tn Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang merupakan CEO MyCARE dan Professor Durrishah Idrus, Pro Naib Canselor UTM.

Seminar ini juga mencapai lima resolusi iaitu:

1. Kita meyakini bahawa konsep keseimbangan hidup berkerjaya hanya akan berjaya apabila semua pihak yang terlibat iaitu majikan, pekerja dan ahli keluarga bekerjasama sebagai satu pasukan, menyokong antara satu sama lain agar semua pihak meraih manfaat yang maksimum daripadanya.

2. Kita bersetuju bahawa polisi mesra keluarga yang dilaksanakan oleh mana-mana majikan harus dikongsi secara meluas agar ianya boleh diguna pakai oleh majikan yang lain.

3. Kita sepakati bahawa pihak majikan perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyediakan tempat kerja mesra keluarga dengan mempromosi budaya kerja seimbang keluarga-kerja.

4. Kita bersetuju agar pihak pekerja menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan beramanah serta menerima konsep waktu bekerja anjal sebagai insentif bagi meningkatkan kualiti dan hasil kerja serta kecekapan bekerja.

5. Kita sepakati bahawa agensi-agensi kerajaan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan yang aktif dalam memberikan kefahaman kepada ahli masyarakat agar sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebahagian keluarga di samping berusaha gigih mencari rezeki di luar rumah.

Lagi info: http://bit.ly/2pJIrtD | FB: https://www.facebook.com/WanitaIkramMalaysia/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia