Bina budaya baharu cegah rasuah dalam negara

Ini berikutan penahanan seramai 50 individu dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan lima orang awam, yang mana sekali lagi memaparkan betapa tempangnya sistem pengawalan rasuah dalam negara terutamanya dalam perkhidmatan awam.

 

Isu rasuah bukan isu baharu dalam negara kita. Dari peringkat pimpinan tertinggi negara sehinggalah kepada masyarakat awam, tidak ketinggalan untuk turut terlibat dengan rasuah sama ada melibatkan jumlah yang besar ataupun sedikit.

 

Pengawalan rasuah bermula daripada rakyat

 

Menurut Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dalam Bicara Bina Negara anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia pada September yang lalu, walau berapa pun jumlah rasuah yang terlibat, sama ada sedikit atau banyak, perbuatan rasuah mampu memberi kesan yang besar kepada integriti sesebuah negara.

 

Situasi negara hari ini amat memerlukan kita untuk membina satu budaya baharu yang lebih mantap dari segi herdikan sosialnya. Apabila penerimaan masyarakat terhadap perbuatan rasuah dan salah laku berada dalam tahap paling minima,  yang mana masyarakat totally against atau menolak langsung mereka yang melanggar terutamanya yang melibatkan isu-isu integriti.

 

Budaya masyarakat yang sentiasa mengherdik perbuatan salah laku akan mampu menyokong usaha kerajaan dalam menghapuskan rasuah terutamanya yang melibatkan mereka yang mempunyai kuasa dan jawatan dalam masyarakat.

Rasuah membawa kemerosotan sosial

 

Tidak dinafikan, peranan penjawat awam sebagai jentera pembangunan sesebuah negara amat penting dalam memastikan dasar kerajaan dapat dilaksana dan manfaatnya dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Walau bagaimanapun, penjawat awam juga merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk terdedah dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, terutamanya mereka di peringkat pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan.

 

Dalam mendepani cabaran kepimpinan dan perubahan kerajaan yang tidak menentu hari ini, kesetiaan serta sikap amanah dan tanggungjawab para penjawat awam amat ditagih bagi memastikan kelestarian pembangunan negara terus berjalan secara efektif.

 

Oleh itu, amat penting adanya integriti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam kerana ia menjadi penentu kepada kredibiliti dan reputasi perkhidmatan awam dan negara. Integriti amat penting dan perlu diperkasakan bagi menjamin tadbir urus negara yang baik dan tersusun.

 

Rasuah tidak sekadar membawa kepada kerugian negara, malahan ia memberi kesan kepada kemerosotan sosial dan mampu menjejaskan imej sesebuah negara. Isu rasuah harus ditangani secara sistematik dan menyeluruh bagi mengelakkan kerugian besar kepada negara.

Tangani rasuah secara serius dan menyeluruh

 

Seharusnya, pihak kerajaan harus segera dalam melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang mana pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti serta tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

 

Pelaksanaan pelan ini harus dipertimbang dan dilaksanakan dengan lebih serius dan memerlukan komitmen serta kerjasama daripada semua pihak agar perlakuan rasuah dapat dibendung dengan menyeluruh.

 

Di samping itu, peranan semua rakyat di segenap lapisan masyarakat untuk bangkit dan kembali peka, membenci dan memerangi perlakuan rasuah dalam masyarakat.

 

Katakan “TIDAK” kepada perlakuan rasuah dan “TIDAK” kepada pemimpin yang tidak berintegriti demi menyelamatkan masa depan negara tercinta. Kuatkan herdikan sosial dalam menolak rasuah.

 

Moga cita-cita dan harapan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang SIFAR RASUAH tidak hanya tinggal sebagai mimpi.

 

Nik Khatijah Nik Mud
Aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia