Bilik Rawatan dan Pengasingan Warga Emas Ditubuhkan

Bilik Rawatan dan Pengasingan Warga Emas Ditubuhkan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya MyCARE bekerjasama dengan ASNB Wakalah Sdn Bhd menubuhkan Bilik Rawatan dan Pengasingan Penyakit Berjangkit untuk warga emas Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Penubuhan kemudahan ini menggunakan agihan Dana Manfaat Wakaf ASNB sebanyak RM15,000.

Menurut Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, En Azman Rasman, penubuhan bilik rawatan dan pengasingan ini merupakan rancangan yang sangat tepat.

“Kerana mereka memerlukan tempat pengasingan warga emas yang baru pulang dari hospital bagi menjamin keselamatan kesihatan ahli-ahli pusat jagaan yang lain,” ujarnya.

Difahamkan bahawa penyakit seperti COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain pernah menyebabkan keadaan Pusat Jagaan Mahmudah berada dalam keadaan kritikal.

Bilik Rawatan dan Pengasingan Warga Emas Ditubuhkan | IKRAM

Bilik Rawatan dan Pengasingan Penyakit Berjangkit ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Dato’ Selamat Paigo bersama Ahli Lembaga Pengarah ASNB Wakalah Sdn Bhd, Dr Ahmad Basri Ibrahim.

Turut bersama ialah Pengerusi MyCARE Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa Wakaf MAIWP, Dr Haji Razali Othman dan Penasihat Pusat Jagaan Mahmudah, Haji Mohiaddin Bahado.

MyCARE merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak terlibat terutamanya pihak ASNB Wakalah Sdn Bhd atas kerjasama ini.

ASNB Wakalah Sdn. Bhd. (AWSB) ditubuhkan pada 25 Januari 2021 adalah syarikat milik penuh ASNB dan mendapat pengiktirafan sebagai Mutawalli oleh MAIWP untuk mengurus dan mentadbir dana wakaf unit amanah ASNB.

Selain itu, ia bertanggungjawab untuk mengumpulkan unit amanah ASNB yang diwakafkan melalui perkhidmatan Wakaf ASNB.

ASNB Wakalah juga melaksanakan pengagihan dana manfaat wakaf kepada pihak yang layak melalui proses saringan serta usaha wajar dan memastikan dana wakaf ditadbir urus dengan telus dan efektif melalui usahasama bersama pihak MAIWP.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia