Besut ungguli Sukan IKRAM Terengganu

Sukan IKRAM Terengganu mempertandingkan lima jenis sukan iaitu bolasepak, bola tampar, badminton, ping pong dan sepak raga bulatan. Menurut Pengarah program, Ir Hj Mohammad Sahide Ibrahim dalam ucapan pembukaannya, beliau berharap agar aktiviti tahunan sukan ini mampu memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan mengeratkan ukhuwwah di kalangan ahli IKRAM. Ia juga menjadi wadah untuk setiap daerah menggiatkan kegiatan sukan agar kesihatan dan kecergasan kita sentiasa terjaga.


Gambar dari kiri: Hj Nawawi menyampaikan ucapan, para peserta dan kontinjen Besut (baju hijau)

Dalam ucapan perasmian pula, Hj Nawawi menekankan peri pentingnya sukan sebagai salah satu wasilah tarbiah IKRAM bagi memastikan ahli-ahli yang sihat dan cergas tubuh badan. Ini bertepatan dengan salah satu daripada 10 muwasafat keperibadian muslim yang digariskan oleh Imam Hassan al-Banna iaitu qawwiy al-jismi atau kuat tubuh badan.

Tubuh badan yang cergas dan kuat diperlukan di dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti dakwah dan khidmat masyarakat IKRAM. Beliau juga menyeru agar penglibatan di dalam sukan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli.

Gambar dar kiri: Pasukan bolasepak Kemaman, pasukan Dungun dan Kemaman (tengah) dan ketua kontinjen Besut menerima hadiah

Pada tahun ini, IKRAM Besut menghantar kontinjen yang turut disertai anak-anak muda dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan. Menjadi juara keseluruhan buat pertama kali, IKRAM Besut menjuarai acara bolasepak dan bola tampar, serta menjadi naib johan acara sepak raga bulatan.

Pencabar terdekat, IKRAM Kemaman menjuarai acara ping pong dan badminton, serta menjadi naib johan acara bola tampar. IKRAM Dungun pula menjuarai acara sepak raga bulatan dan menjadi naib johan bolasepak.

Pada 13 Julai lalu, Sukan Wanita IKRAM Terengganu turut diadakan di tempat yang sama, di mana Wanita IKRAM Dungun menjadi juara keseluruhan. Tahniah kepada penganjur dan semua peserta yang menyertai Sukan IKRAM Terengganu. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga dalam menjalankan dakwah untuk masyarakat, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia