Bersiap sedia berlayar ke Gaza

“Bot al-Awda telah pun berlepas dari Bergen, Norway pada 30 April baru-baru ini. Pelayaran ini dijangka akan mengambil masa sekitar dua bulan setengah untuk sampai ke pantai Gaza,” kata Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dalam sidang media pada Isnin lalu.

Menurut beliau, bot tersebut akan berlayar dari Norway ke arah Denmark, kemudian ke pelabuhan di Jerman sebelum berlayar melalui Selat Inggeris dan masuk ke lautan yang lebih besar.

Misi flotila memecah kepungan Gaza pada kali ini akan disertai oleh Dr Fauziah Hassan, Pn Norsham Abu Bakar, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Prof. Dr Mohd Nazari Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, Sdr Zool Fadli Hamzah, Sdr Muhammad Aiman Mohd Zin, Pn Mas Ahmah Jonid, Sdr Muaz bin Ruslan dan Dr Yusri Musa.

Disertai oleh anggota misi dari 10 buah negara melalui lebih 10 buah pelabuhan, pelayaran aktivis Malaysia akan bermula pada 20 Mei ini, bermula dari Copenhagen, Denmark.

“Flotila yang membawa harapan masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penindasan Zionis Israel ini dijangka tiba di Gaza pada pertengahan Julai,” jelas Dr Hafidzi.

Tambahnya, misi pelayaran anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) ini disertai oleh beberapa ahlinya iaitu Ship to Gaza Norway, Canadian Boat to Gaza, Ship to Gaza Sweden, Rumbo a Gaza Spain dan MyCARE.

Pelayaran yang disertai aktivis Malaysia dijangka akan bermula pada 20 Mei ini, bermula dari Copenhagen, Denmark.

Misi flotila ke Gaza ini merupakan kali ketiga disertai rakyat Malaysia selepas misi Mavi Marmara pada tahun 2010 dan Women’s Boat to Gaza pada 2016.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia