Berserah kepada Allah, berkorban untuk ummah

Inilah yang perlu kita sedari dan fahami dengan jelas. Kita semua punya potensi yang perlu disuburkan menerusi pemilikan sikap sentiasa ingin belajar, rajin membaca dan rajin berbincang.

Akhirnya, kualiti diri seseorang meningkat daripada manusia biasa kepada manusia luar biasa yang menjadikan dirinya seorang ilmuan, pakar, pemikir, perancang, pemimpin dan sebagainya.

Semua itulah yang diinginkan daripada setiap ahli IKRAM dan kita perlu bersama-sama mengusahakannya. Apa yang saya lihat sekarang, ada antara kita ini yang usahanya tidak berjalan sangat berikutan ia tidak berhubung dengan tawakal kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Kita seolah-olah masih lagi dikepung, dibelenggu dan dijajah oleh taghut. Kita bagaikan masih dirantai oleh nafsu diri dan dunia yang fana ini.

Sewajarnyalah kita melepaskan diri daripada semua ini kerana umat yang mampu memimpin dunia pada masa hadapan adalah golongan yang tidak takutkan mati.

Sebagai orang yang beriman, kita sewajarnya mengambil pendirian Saidina Abu Bakar RA yang dengan beraninya menyerahkan segala kepunyaan miliknya kepada Allah dan Rasul. Sesungguhnya itulah iman yang sebenar-benarnyar. Itulah haqqul yaqin (keyakinan hakiki).

Apa sahaja yang kita usahakan perlulah disertakan tawakal kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Ketika kita berusaha menggerakkan kedua-dua perkara, yang boleh kita lakukan dan yang tidak boleh kita lakukan, Allahlah yang akan memuktamadkan keputusan-Nya.

Dengan bertawakal kepada Allah, insya-Allah pelbagai perkara dapat dilaksanakan. Gabungan usaha dan tawakal inilah yang akan menjana kejayaan, bukan hanya bergantung kepada usaha kita sahaja.

Sering kali tawakal kita tidak kuat dan belum sepenuhnya kerana memikirkan masih banyak perhitungan seperti masa depan anak dan keluarga. Apa yang hendak disediakan untuk mereka sebelum aku mati? Wajarkah kita bersikap sedemikian?

Teladan

Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sakit dan hampir meninggal dunia, beliau didatangi seseorang yang berkata:

“Tuan meninggalkan lebih daripada 10 orang anak. Semuanya kecil lagi. Apalah salahnya jika tuan yang punya kuasa khalifah ini mengambil duit Baitulmal dan memberikannya kepada anak-anak tuan.”

Khalifah menjawab:

“Aku sekali-kali tidak akan melakukan sebagaimana yang engkau kata. Andai anak aku ditakdirkan tidak soleh, aku tidak mahu terlibat, bersubahat meninggalkan kepada mereka harta benda yang menyebabkan mereka membuat maksiat. Tetapi jika mereka anak yang soleh, tentu Allah Subhanahu wa Taala yang akan mengendalikan kehidupan mereka.”

Sejarah telah membuktikan, bahawa anak-anak khalifah yang bapanya tidak memberikan harta Baitulmal ini, akhirnya tiada dalam kalangan mereka yang menjadi peminta sedekah.

Tetapi semua anak Khalifah Umar Abdul Aziz ini, walaupun bapanya tidak meninggalkan apa-apa, mereka menjadi golongan yang memiliki kekayaan dan dihormati serta disayangi masyarakat.

Mereka ini yang membiayai jihad dengan menyedekahkan beratus-ratus ekor kuda dan sangat baik kepada orang lain. Mereka ini juga seperti Uthman bin Affan RA, yang membiayai tentera Islam dalam Perang Tabuk sebanyak 1,000 ekor kuda.

Ini yang perlu kita hayati dan ingati, jika kita tinggalkan anak-anak yang soleh, Allah akan mengendalikan kehidupan mereka. Tidak perlulah kita memikirkan apa yang hendak ditinggalkan kepada mereka.

Perjuangan

Perjuangan menuntut pengorbanan. Jika kita tidak memiliki jiwa tersebut, kita tidak akan berpindah ke era baru yang ditunggu-tunggu oleh ummah.

Harapan mereka terletak di bahu kita. Lakukanlah perubahan ini. Dunia Arab ditindas kerana kedudukannya dekat dengan Israel dan Eropah. Jarak antara kita dengan mereka sangatlah jauh. Tentunya kita tidak berapa nampak apa yang mereka alami.

Sungguh, betapa pentingnya kita gunakan kesempatan itu untuk mewujudkan peluang besar bagi menyelamatkan umat di kawasan lain.

Ayuh kita jadikan negara ini maju ke hadapan yang mana akhirnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa hingga membuatkan mereka tidak tahan dengan arus Islam yang kita bawa. Akhirnya nanti kita mampu mengatasi semua halangan dan cabaran yang mereka taburkan untuk tidak memungkinkan Islam itu berkembang subur di seluruh pelosok bumi.

Selain itu juga, kita sewajarnya memainkan peranan dengan gabungan negara ASEAN yang lain seperti Indonesia yang Allah kurniakan kekayaan yang amat besar, sebagaimana istilah bekas Presiden B.J. Habibie terhadap Indonesia iaitu Benua Maritim atau Benua Kelautan.

Semangat inilah yang kita semua perlu bawa supaya dengan demikian, kita mampu membuat perubahan ke atas seluruh umat. Kita lakukan dengan betul-betul dan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala.

Jika kita tidak berubah dan gagal membawa perubahan ini, tentunya negara kita akan terus begini. Harga barang terus naik, rakyat semakin susah dan kehidupan semakin mencengkam. Maka sekali lagi kitalah yang mesti bertindak melakukan perubahan itu!

Artikel (Bahagian Akhir) oleh Atriza Umar | Diolah daripada Amanat Presiden pada 23 Januari 2018

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia