Bersama-sama membina Malaysia baharu – Presiden IKRAM

“Lantaran itu, kita ikut serta memanfaatkan peluang-peluang yang terbuka untuk melakukan pembaikan perjalanan negara dan memperbaiki situasi kehidupan rakyat,” kata beliau dalam ucaptamanya sempena Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM 2018 pada Sabtu lalu.

Tambahnya, ahli-ahli IKRAM juga perlu memastikan kewujudan kerajaan baru dengan imej pengurusan terbaik, yang pada akhirnya bertujuan membina negara Malaysia baharu yang lebih baik.

“Dalam tempoh-tempoh berikutnya, kita berazam dan beriltizam untuk sama-sama berusaha dan berjuang bagi membangunkan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara rahmah mithali,” jelasnya kepada kira-kira 1,200 orang Ahli Teras yang hadir.

Tambahnya, bagi membangunkan negara, IKRAM perlu melalui proses rejuvenasi supaya terus berkembang maju, diperkuat dan dikembangkan keupayaan dan kemahiran dalam pembangunan ahli-ahlinya secara seimbang.

“Kita perlu mempersiapkan mereka dengan pelbagai pendedahan dan latihan yang akan memperkayakan keupayaan serta kemahiran yang akan memungkinkan mereka bergiat aktif membangunkan seluruh lapisan rakyat.”

Jelasnya, ahli-ahli IKRAM perlu dipersiapkan untuk menyumbang tenaga, idea dan pelbagai khidmat serta mampu menyediakan negara dengan sistem-sistem alternatif yang patuh syariah dan solusi-solusi yang dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat.

Dr Parid menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Meneruskan Hala Tuju IKRAM: Peluang dan Cabaran” dalam perhimpunan yang menghimpunkan Ahli-ahli Teras IKRAM dari seluruh negara.

Dalam perhimpunan itu, seramai 41 orang Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) telah terpilih bagi sesi 2018-2022 di mana proses pemilihan telah diadakan secara ‘e-voting’ melalui komputer riba dan telefon pintar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia