Bersama Memacu Malaysia – WADAH & IKRAM

Bersama Memacu Malaysia - WADAH & IKRAM

Kenyataan Media Bersama Sempena Hari Malaysia 2022

BERSAMA MEMACU MALAYSIA  

Sempena Hari Malaysia yang amat bermakna ini, Wadah Pencerdasan Umat  Malaysia (WADAH) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memacu negara tercinta ke mercu kegemilangan global.

Ketika kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, negara menghadapi cabaran yang menggunung. Walaupun berlatarbelakangkan penduduk berbilang kaum dan agama, sejarah bermakna itu telah kita kecapi dengan pengharapan, pengorbanan dan kebersamaan. 

Kemanisan perjuangan bersama itu wajar terus dijiwai semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini. Dengan pelbagai peristiwa dunia yang berlaku sekarang, kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus bersama mengukuhkan jati diri, persefahaman dan gerak kerja untuk mendepani sebarang cabaran secara kolektif.

WADAH dan IKRAM yakin bahawa kebersamaan rakyat perlu bermula dengan kenal-mengenal, memahami antara satu sama lain serta kembali kepada nilai-nilai asas. 

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya,”maksud daripada Surah al-Hujurat ayat 13.

Berdasarkan sejarah hidup Rasulullah SAW, konsep ‘Ta’ayush’ iaitu pemahaman dan penerimaan situasi kepelbagaian merupakan intipati kejayaan  Piagam Madinah. Ia merupakan  perjanjian kebersamaan seluruh rakyat Madinah ketika itu untuk hidup hormat-menghormati sesama mereka, meraikan kekuatan masing-masing dan menampung kekurangan secara kolektif. 

Kesatuan penduduk Madinah daripada latar belakang berbeza ketika itu, membawa mereka dari satu bangsa yang tidak signifikan di mata dunia kepada satu peradaban dunia yang membawa rahmah dan manfaat kepada seluruh alam.

Namun, untuk membolehkan kebersamaan itu kekal lama, ia haruslah berpaksikan kepada kebenaran. Dengan adanya paksi ini, barulah kita boleh membentuk kebersamaan hala tuju dan kebersamaan tekad. Di atas paksi kebenaran ini juga, kita melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan melihat manfaat kolektif (maslahah) serta menolak segala bentuk kemungkaran dan kemudaratan (mafsadah).

Kejatuhan peradaban bermula dengan runtuhnya sistem nilai yang tidak mampu menolak segala unsur yang menolak negara ke belakang, termasuklah bersangka buruk, fitnah, gejala rasuah, kemungkaran, keruntuhan sistem kekeluargaan serta kejatuhan moral dan etika.

Suasana dunia yang kian getir dan penuh ketidakpastian menggesa kita semua mendepaninya dengan kebersamaan. Oleh itu, WADAH dan IKRAM sekali lagi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama atas kebenaran, untuk memacu negara persada kegemilangan dunia. 

Walau kita berbeza, kita teguh bersama mengorak masa depan yang lebih bermakna.   

“Sesugguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka,” maksud daripada Surah ar-Ra’d ayat 11.

 

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman 
Presiden 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia