Berkorban Untuk Berhijrah

Berkorban Untuk Berhijrah | IKRAM

Ibadah korban telah pun melabuhkan tirainya pada bulan Zulhijah yang lalu, sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini kembali meriah semula selepas era pandemik melanda dunia.

Kemeriahan jelas terpancar apabila ahli di sesuatu kawasan bersama-sama dalam menumbangkan haiwan korban sehinggalah selesai agihan daging dilaksanakan. Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima Allah hendaknya.

Namun, adakah falsafah di sebalik ibadah ini dapat dimanifestasikan dalam kehidupan kita seharian?

Di samping kita menumbangkan haiwan, adakah sifat ego dan bangga diri kita dapat ditumbangkan sekali? Di samping kita menyembelih haiwan, adakah sifat mazmumah dalam diri kita juga telah tersembelih?

Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 : 

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

“Allah tidak akan menerima daging-daging dan darah-darah haiwan korban mereka, akan tetapi yang Allah terima adalah ketakwaan daripada kamu.”

Mutakhir ini, kebejatan akhlak dalam masyarakat kita semakin meruncing, lihat sahaja paparan yang ada di media sosial, sangat membimbangkan.

Sebagai contoh, penghinaan kepada agama Islam seolah-olah perkara biasa, tiada lagi rasa sensitiviti terhadap agama, agama dijadikan bahan lawak di kelab-kelab komedi, ‘prank’ tarik tudung yang beralasankan eksperimen sosial, ‘unboxing’ isteri pada malam perkahwinan dan banyak lagi budaya-budaya barat yang diikut-ikut oleh masyarakat kita terutama anak muda di media sosial.

Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, sama-samalah kita berazam untuk berhijrah kepada yang lebih baik, tiada lagi peristiwa hijrah agung Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah, akan tetapi perpindahan itu adalah perpindahan dari kegelapan kepada cahaya yang terang.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ dalam hadisnya: 

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ

“Tiada lagi hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi (masih ada) jihad dan niat.” (HR Bukhari, No. 2825 dan Muslim, No. 1864)

Hadis ini menjelaskan bahawa kelebihan hijrah masih ada dan berterusan sehingga kiamat melalui amal jihad dan niat yang baik dalam semua perkara, termasuklah jihad nafsu, pendidikan, harta, ekonomi, politik dan sebagainya.

Untuk melakukan perubahan ia bukanlah perkara mudah, ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam proses ini. Sepertimana kata ulama, sabar itu terbahagi kepada tiga, iaitu sabar dalam ketaatan, sabar dalam menjauhi maksiat dan sabar dalam menerima takdir.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 200:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” 

Khulasahnya, hijrah bukan sekadar perpindahan secara fizikal semata-mata tetapi perubahan jiwa ke arah yang lebih baik, menjauhkan diri daripada perkara yang ditegah oleh Allah. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

“Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah (menjauhkan diri) daripada melakukan apa yang Allah larang.” (HR Bukhari, No. 6484)

Semoga kita menjadikan tahun baru ini tahun yang lebih baik daripada sebelumnya dengan azam dan semangat yang tinggi, bukan semata-mata menyambut sambutan Maal Hijrah sebagai satu sambutan wajib tahunan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia