Turut hadir meraikan majlis tersebut anggota badan-badan dan NGO yang bekerjasama menjayakan pembinaan surau iaitu MyIKRAM Bikers (MIB), TM Bikers, IKRAM Kawasan Batu, IKRAM Kawasan Batang Padang, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita tidak boleh hanya sekadar ‘touch and go’ tetapi dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita mestilah ‘touch, stay and grow’,” kata Hj. Ainullotfi.
Pembinaan surau ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Keseluruhan kos pembinaan surau ini adalah berjumlah RM95000 dan hasil kutipan daripada i-Bantu adalah sebanyak RM46,505.50.
Surau ini dibina bertujuan untuk memudahkan penduduk Islam di Kampung Woh Intake menjalani ibadah solat berjamaah. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti keagamaan seperti kelas pengajian fardu ain, aqidah dan al-Quran.
Surau juga dibina bertujuan sebagai pusat perjumpaan penduduk-penduduk Islam untuk mencambah benih-benih ukhuwah sesama mereka di samping memantapkan akidah dan pemahaman tentang Islam.
Dalam pada itu, surau ini juga dijadikan sebagai pusat persinggahan kepada penduduk-penduduk Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Pos Musoh untuk berteduh.
Untuk maklumat lanjut mengenai surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.