Berbuat Baik Pada Wanita dan Larangan Bersikap Zalim

Jika bidadari syurga digambarkan sangat cantik dengan segala keindahan dan kesempurnaan dirinya, maka sebagai manusia, seorang wanita atau isteri sudah tentu banyak kekurangannya.

Wanita adalah manusia biasa yang menyimpan banyak kekurangan dan kelemahan, yang selayaknya ditutupi dan dilengkapi oleh kelebihan seorang lelaki yang menjadi pendampingnya.

Jika kita menghayati anjuran Rasulullah SAW tentang pentingnya memperlakukan wanita dengan baik, sudah tentu kehidupan rumah tangga dihiasi dengan keindahan dan syurga dunia bagi setiap pasangan berkahwin.

Nabi SAW bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu agar bersikap baiklah terhadap wanita.”

Itulah kalimat yang diulang-ulang hingga tiga kali dalam khutbah perpisahannya (wada’) sebelum Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita semua selamanya. Nabi SAW melanjutkan lagi, “Janganlah mencari-cari alasan untuk menyakiti mereka (wanita).” (HR Ibnu Majah, No. 1851, Sahih)

“Janganlah seorang mukmin (suami) membenci mukminah (isteri), apabila ia tidak suka dengan salah satu akhlaknya, ia tentu akan reda dengan akhlak yang lainnya.” (HR Muslim, No. 1468)

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW berpesan dan mengingatkan agar umat islam menghargai dan memuliakan kaum wanita. Antara sabdanya:

اِسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

“Aku wasiatkan kepada kamu untuk berbuat baik kepada para wanita.” (HR Muslim, No. 1468)

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.” (HR Tirmidzi, No. 3895, Sahih)

Demikian anjuran dan saranan Rasulullah SAW untuk menyayangi dan melindungi wanita, tanpa wanita, hidup seorang lelaki pasti akan sunyi sepi di dunia ini.

Namun begitu, masih ramai lelaki di luar sana yang bersikap kasar terhadap wanita, baik dengan ibu, adik beradik perempuan ataupun isteri. Yang paling jelas dilihat adalah sikap kasar terhadap isteri yang menjadi pasangan hidup mereka.

Ramainya para suami yang sering mengasari isterinya dengan lisan, tangan atau perbuatan mereka. Akhlak yang dituntut oleh agama jauh sekali dipraktikkannya dalam kehidupan.

Kerana itu, yang perlu dititikberatkan oleh para wanita dalam mencari pasangan hidup bukan sahaja penampilan luaran yang dipamerkan, tetapi perlu diselidik akhlaknya juga.

Ini kerana pada zaman kini ramai sekali para lelaki yang rosak akhlaknya walaupun berpenampilan baik di mata masyarakat.

Seorang lelaki atau suami bukan sahaja dituntut untuk menuntut ilmu syariat tetapi perlu juga mempraktikkan ilmu dengan memperbaiki akhlak mereka.

Ini penting agar mereka dapat menjadi pemimpin rumah tangga yang baik dan amanah dalam menjalankan kewajipan, bukan bersikap sebaliknya, menganaiya dan menafikan hak isteri untuk mendapat layanan yang sebaiknya dan selayaknya.

Seorang wanita bukanlah seorang hamba ketika memasuki alam rumah tangga, seperti salah faham sesetengah orang.

Adakala sehingga ketika seorang suami berdepan dengan pelbagai masalah dan ujian hidup, ketidakmampuan mengurus emosi dengan baik akan menzahirkan perilaku yang kurang baik, lebih-lebih lagi sampai ke tahap menzalimi pasangan hidup.

Islam adalah agama yang adil kerana itu Islam melarang kezaliman dan terdapat banyak sekali ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang mencela dan melarang bersikap zalim.

Allah Ta’ala berfirman:

أَلاَ لَعْنَةُ اللّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

“Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim.” (Hud: 18)

إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang aniaya itu tidak mendapat keberuntungan.” (Al-An’aam: 21)

Oleh itu, jadikanlah pasangan hidup kita seperti ‘cerminan’ diri kita sendiri, ketika diperlakukan dengan sebaiknya, ia membuahkan kemanisan.

Begitu juga sebaliknya, ketika diperlakukan dengan kurang baik, ia akan memberi dampak kerosakan dalam kehidupan bersama.

اتَّقوا الظُّلمَ . فإنَّ الظُّلمَ ظلماتٌ يومَ القيامةِ

“Jauhilah kezaliman kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat.” (HR Bukhari, Adab al-Mufrad, No. 483 & Muslim, No. 2578)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia